Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN

Banyak boleh dilakukan untuk pertingkat martabat wanita

Feb 28, 2019 | 05:30 AM



MASIH banyak yang boleh dilakukan dalam usaha mempertingkat martabat wanita di Singapura, kata Cik Rahayu Mahzam (GRC Jurong).



Antaranya, merapatkan jurang pendapatan antara pekerja lelaki dengan wanita, menyokong wanita yang kembali bekerja selepas mempunyai anak atau semasa mereka beralih daripada peranan sebagai pemberi jagaan, dengan mengurangkan halangan berstruktur.



Menyatakan demikian semalam, Cik Rahayu turut melahirkan rasa gembiranya menyusuli pengumuman tokokan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) sehingga $1,000 bagi warga Singapura berusia antara 50 dengan 64 tahun.



Ini, katanya, akan memberi manfaat kepada ramai wanita berusia senja yang pernah memainkan peranan sebagai pemberi jagaan, yang terpaksa meninggalkan kerjaya lebih awal lantas tidak mempunyai banyak simpanan CPF.



"Sedang wanita di sini mempunyai akses kepada pendidikan dan pekerjaan, dan kita mempunyai perwakilan wanita dalam banyak kedudukan utama kepimpinan, masih terdapat banyak yang boleh kita lakukan.



"Contohnya, masih terdapat peluang merapatkan jurang pendapatan antara lelaki dengan wanita, menyokong wanita kembali bekerja selepas mempunyai anak atau apabila mereka beralih daripada peranan sebagai pemberi jagaan dengan mengurangkan halangan berstruktur, serta memperkasa wanita untuk mengambil kedudukan kepimpinan.



"Dalam usaha melakukan semua ini, melampaui penetapan sasaran berangka, adalah penting untuk mendapatkan seluruh masyarakat, lelaki dan wanita, untuk sama-sama mengubah minda, dan maju bersama," katanya.



Di bawah Belanjawan 2019, warga Singapura berusia 50 tahun hingga 64 tahun dan mempunyai simpanan persaraan dalam akaun CPF yang kurang $60,000, akan menerima tokokan sehingga $1,000.



Sekitar 30,000 rakyat Singapura akan menerima tokokan itu dan majoriti mereka adalah wanita yang meninggalkan pasaran buruh lebih awal bagi menjadi suri rumah atau menjaga anggota keluarga.



Cik Rahayu berkata wanita yang meninggalkan kerjaya lebih awal dan tidak mempunyai banyak simpanan CPF, telah bekerja keras untuk menyokong impian anak mereka dan berkongsi Bonus Bicentennial dengan mereka. Ini cara bermakna untuk mengiktiraf sumbangan mereka.



Dalam ucapannya itu, Cik Rahayu juga menekankan akan pentingnya peranan dimainkan setiap warga bagi memastikan Belanjawan mencapai dapatan yang diinginkan.



Beliau memetik beberapa contoh seperti pengasas satu kumpulan bukan keuntungan Cik Siti Noor Mastura (artikel sebelah); seorang ibu yang mempunyai anak autistik, Cik Magdalene Ong; dan seorang aktivis sekitaran muda, Cik Coco Oan Jia Xuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >