Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bapa dituduh bunuh anak perempuan dua tahun di flat Sengkang

Jun 18, 2019 | 07:30 PM



SEORANG lelaki berusia 35 tahun telah dituduh membunuh anak perempuan berusia dua tahun di flat Sengkang pada Hari Bapa.



Johnboy John Teo, yang menerima tuduhan itu di hospital pada Selasa (18 Jun), didakwa membunuh Ashley Clare Teo di rumah mereka di tingkat 11 Blok 163B Rivervale Crescent pada petang Ahad (16 Jun).



Polis dimaklumkan tentang kes itu sejurus sebelum 10.30 malam dan pegawai polis menemui kanak-kanak perempuan itu terkejur kaku di bilik tidur.



Teo, yang cedera, ditemui di bilik sama. Namun tiada butiran lanjut diberikan tentang kecederaannya itu dalam dokumen mahkamah.



Menurut akhbar bahasa Cina Shin Min Daily News, Teo telah bercerai dengan isterinya, yang dikenali dengan nama Cik Cheok. Cik Cheok mendapat hak jagaan Ashley pada Mac lalu.



Cik Cheok berpindah keluar dari flat itu dengan anaknya sekitar sebulan lalu.



Beliau memberitahu akhbar bahasa Cina itu bahawa beliau kali terakhir melihat Ashley pada petang Sabtu dan Teo diberikan hak mengunjungi Ashely pada Ahad.



Teo dijangka mengembalikan Ashley kepada Cik Cheok pada petang Sabtu, tetapi apabila beliau gagal berbuat demikian, Cik Cheok dan keluarganya menghubungi polis.



Pasangan bapa dan anak itu dibawa ke Hospital Besar Sengkang di mana Ashley disahkan mati sebelum 12.30 pagi Isnin.



Kes Teo telah ditunda sehingga 9 Julai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >