Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bapa 'keji' dipenjara 3 tahun kerana dera empat anak sepanjang dua tahun

Aug 19, 2016 | 08:59 AM



SEORANG bapa yang disifatkan sebagai "mimpi ngeri paling teruk bagi kanak-kanak" dipenjara tiga tahun pada Khamis (18 Ogos) kerana mendera empat daripada lima anaknya selama dua tahun.



Lelaki itu - yang tidak boleh dinamakan bagi melindungi identiti anak-anaknya - memijak tangan salah seorang anaknya, menyebabkan pergelangan tangannya patah, dan mengangkat bayi perempuannya yang berusia lima bulan tunggang-terbalik dengan satu kaki.



Lima anak lelaki berusia 35 tahun itu kini berumur antara lapan bulan dan 11 tahun.



Hakim Mahkamah Komuniti Mathew Joseph berkata perbuatan pekerja penghantaran itu "keji" dan "tercela"



"Awak sepatutnya memberi kasih sayang, penjagaan, sokongan, dan menjadi mentor kepada anak-anak awak. Sebaliknya, awak menjadi penyiksa mereka dan mimpi ngeri paling teruk bagi kanak-kanak," kata beliau.



Pada kira-kira 6.15 petang pada 13 April lalu, pegawai Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) mendapati lebam dan tanda terbakar pada seorang anak lelaki lelaki itu.



Apabila pegawai tersebut memberitahu si bapa beliau perlu membawa budak berusia enam tahun itu menjalani pemeriksaan kesihatan, dia mengugut akan membunuh diri dan kemudian meninggalkan rumah.



Dia pulang ke rumah pada 8.40 malam dan marah apabila mendapati pegawai itu masih berada di flatnya.



Lelaki itu melemparkan telefon pada pegawai tersebut, tetapi tidak kena.



Dia kemudian meletak anaknya di atas belebas tingkap dapur sebelum dia sendiri duduk di sebelah anaknya. Pegawai MSF itu meninggalkan flat tersebut dan menghubungi polis.



Pada Mac, lelaki itu melempar rokok yang menyala pada muka kanak-kanak itu, menendang perutnya dan menampar mukanya. Budak lelaki itu kini tinggal bersama keluarga angkat.



Pada bulan itu juga, dia mengangkat anak sulungnya, seorang bayi perempuannya berusia lima bulan, tunggang-terbalik dengan satu kaki.



Dia juga cuba menumbuk anaknya itu kerana berang oleh tangisannya.



Isteri keduanya yang berusia 23 tahun membuat laporan polis esoknya. Bayi itu kini dalam jagaannya dan mereka telah pindah keluar.



Pada Februari 2014, lelaki itu memukul anak sulungnya, yang berusia sembilan tahun ketika itu, di kaki dan tangan menggunakan hos getah. Dia juga menampar dan menumbuk mukanya.



Sebulan kemudian, dia memukul anak keduanya, yang berusia tujuh tahun. Dia memijak perut dan tangan kiri kanak-kanak itu, menyebabkan pergelangan tangannya patah.



Anak sulung dan keduanya kini tinggal di rumah anak yatim. Tidak diketahui siapa menjaga seorang lagi anaknya, yang tidak didera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >