Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKILAS

Basikal roda tiga, basikal baring dibenar di jalan raya

Mar 04, 2023 | 05:30 AM



BASIKAL beroda tiga dengan ukuran maksimum 1.3 meter lebar dan 2.6 meter panjang akan dibenarkan di jalan raya, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng.



Basikal baring juga dibolehkan di jalan raya tetapi ia harus dipasang dengan bendera berwarna terang yang dilekatkan pada tiang pada ketinggian munasabah, sebagai tambahan kepada keperluan sedia ada, iaitu penunggang basikal baring mempunyai lampu pada waktu malam.




800 kerja disedia dengan laluan baru MRT



SEKITAR 800 pekerjaan akan tersedia dengan laluan kereta api baru akan datang.



Selain itu, lagi $12 juta akan ditambah kepada usaha meningkatkan kemahiran pekerja, kata Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran.



Kementerian Pengangkutan (MOT) juga bekerjasama dengan rakan kongsi untuk mendekati pelajar dan pekerja pertengahan kerjaya bagi menarik bakat ke sektor penerbangan dan maritim, ujar beliau.




LTA akan tambah perjalanan bas pagi di Sengkang West



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) akan menambah perjalanan bas 671 dari Sengkang West ke kawasan pusat bandar semasa waktu sibuk pagi pada suku kedua tahun ini.



Demikian menurut Menteri Negara Kanan (Kewangan merangkap Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat.




Tingkat akses ke Pelabuhan Tuas



Buat masa ini ada satu perkhidmatan bas awam dari stesen MRT Tuas West Road ke Pelabuhan Tuas.



Menurut Menteri Negara Kanan (Kewangan merangkap Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat, Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) akan membentuk jawatankuasa tiga pihak dengan agensi pemerintah, rakan kongsi industri dan kesatuan sekerja untuk berbincang dan mencadangkan penyelesaian praktikal untuk meningkatkan akses ke Pelabuhan Tuas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >