Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Batalion Komando Pertama - Unit Kombat Terbaik kali ke-18 berturut-turut

Jun 23, 2021 | 05:30 AM



BATALION Komando Pertama telah memenangi anugerah Unit Kombat Terbaik dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) kata Kementerian Pertahanan (Mindef), kali ke-35 ia memenangi anugerah itu.



Latihan di luar negara bagi unit elit itu terpaksa dihentikan semasa pandemik Covid-19, memaksa unit tersebut untuk mereka semula latihan dan memastikan kelasakan dan mutu latihan tidak terjejas, kata pegawai komand Leftenen-Kolonel (LTC) Koo Kai Siong, yang mengambil alih kepimpinan unit itu pada Julai tahun lalu.



Sebagai contoh, latihan hutan dan bagi mencari jalan biasanya diadakan di Brunei, tetapi terpaksa direka semula menjadi latihan tujuh hari di Singapura.



Namun kelasakan latihan tidak terjejas, begitu juga daya tahan kombat setiap askar yang terlibat, kata beliau.



Ini adalah kemenangan ke-18 kali berturut-turut bagi kumpulan komando elit yang dilatih menjalankan operasi di udara dan laut, selain misi risikan dan serbuan dalam kawasan musuh.



Ditanya bagaimana unit itu menangani jangkaan memenangi anugerah itu saban tahun, LTC Koo, 33 tahun, berkata setiap askar baru yang menyertai batalion itu setiap tahun menambah kepada pengalaman dan pengetahuan yang diwariskan oleh askar yang lebih mapan.



"Perkara utama yang membenarkan kami menangani tekanan ini adalah mengubahnya menjadi sumber motivasi untuk membina batu asas bagi generasi seterusnya," kata LTC Koo, yang menambah sikap sedemikian mendorong setiap askar berusaha terbaik dalam latihan.



Bagi mengiktiraf pencapaian ini, Batalion Komando Pertama akan dianugerahkan dengan bendera negara di Perbarisan Hari SAF, yang dijadual diadakan di Institut Kententeraan Safti pada 1 Julai.



Sejumlah 18 unit aktif dan sembilan unit perkhidmatan negara (NS) diiktiraf kerana menjadi yang terbaik dalam formasi masing-masing bagi pertandingan tahunan bagi Unit Terbaik SAF dan Unit NS Terbaik.



Pertandingan ini mengiktiraf pencapaian unit yang telah menunjukkan prestasi cemerlang menerusi beberapa ukur tara, iaitu kesediaan kombat, keupayaan menjalankan operasi dan kecemerlangan dalam pentadbiran.



Pertandingan Unit Terbaik SAF diperkenalkan pada 1969, sementara Pertandingan Unit NS Terbaik diadakan sejak 1993.



Menurut Mindef, unit-unit SAF dinilai menggunakan proses penilaian yang menyeluruh dan lasak bagi tempoh setahun yang lalu.



Antara lain, anugerah Unit Keselamatan Maritim Terbaik diberikan kepada kapal misi kawasan pantai RSS Fortitude, yang ditauliahkan pada Januari tahun lalu.



Skuadron 143 pula dinamakan sebagai Skuadron Pejuang Terbaik bagi kali kedua berturut-turut. Ini adalah kali kelima skuadron yang sedang berada di Guam itu, memenangi anugerah tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >