Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Batalkan' motosikal

* Dapat insentif * Bantu kurangkan pencemaran
Jun 27, 2018 | 05:30 AM



SEJAK insentif tunai berkaitan motosikal lama diumumkan pada 6 April lalu, lebih 1,400 motosikal lama telah dibatalkan pendaftarannya.



Rata-rata kadar usia motosikal yang dibatalkan pendaftarannya itu adalah antara 15 tahun dengan 44 tahun.



Menyatakan demikian kepada Berita Harian, seorang jurucakap Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata sehingga 7 Jun lalu, kadar pembatalan pendaftaran mingguan motosikal yang didaftarkan sebelum 1 Julai 2003 adalah sekitar empat kali ganda berbanding kadar sebelum satu skim insentif diperkenalkan.



"Pemilik yang layak mempunyai sehingga 5 April 2023 untuk membatalkan pendaftaran motosikal mereka untuk layak mendapatkan insentif itu.



"Sesetengah pemilik juga telah memohon untuk mengecualikan motosikal mereka daripada dibatalkan pendaftarannya.



"NEA sedang mengkaji permohonan mereka itu dan akan terus berhubungan dengan mereka," kata jurucakap itu lagi.



Di bawah peraturan baru itu, pemilik motosikal lama yang mengeluarkan lebih pencemaran boleh meraih wang tunai sehingga $3,500 untuk membatalkan pendaftaran sekiranya motosikal mereka mempunyai Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) sehingga 6 April lalu dan membatalkan pendaftaran kenderaan mereka itu pada atau sebelum 5 April 2023.



Kenderaan itu tidak boleh ditunggang di sini selepas 30 Jun 2028.



Langkah mengetatkan piawaian pengeluaran asap bagi motosikal lama itu diambil bagi mengurangkan pencemaran udara.



Pada masa ini terdapat sekitar 27,000 motosikal yang layak menerima insentif itu.



Salah seorang penunggang sebuah motosikal lama, Encik Mohamad Zain Md Shariff, berkata pengangkutan yang dibelinya itu sejak Mei 2002 telah membawanya ke serata Singapura dan juga ke seberang tambak sejauh Johor bersama arwah isteri.



Ternyata banyak kenangan manis dan pahit yang dilaluinya sepanjang tempoh beliau menggunakan motosikal 'kapcai' berkuasa 125 cc itu yang dibelinya dengan harga $3,700 pada ketika itu.



Antaranya termasuk ke pasar dan menghantar kelima-lima anaknya ke sekolah dan kadangkala ke tempat kerja mereka.



"Kalau dahulu saya tunggang motosikal sejauh ke Johor bersama isteri, kini saya ke ziarah kuburnya juga menaiki motosikal ini," jelas datuk dua cucu itu lagi.



Encik Mohamad Zain, 60 tahun, telah memperbaharui COE motosikalnya sekitar enam tahun lalu dan masih boleh menggunakannya buat tempoh selama empat tahun lagi.



Beliau bercadang menyimpan motosikalnya sehingga tamat tempohnya dan kemudian membatalkan pendaftarannya untuk meraih insentif tersebut, sambil mengumpul wang untuk menggantikan dengan motosikal baru.



"Selagi motosikal ini masih boleh digunakan, saya akan terus gunakannya untuk ke kerja atau melakukan kegiatan harian saya," kata kakitangan awam itu lagi.



Laporan lain: Insentif dorong pemilik motosikal tidak sambung COE




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >