Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Baucar CDC $300 bagi seisi rumah diberi 3 Jan

Dec 22, 2022 | 05:30 AM



SETIAP isi rumah Singapura akan menerima baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai $300 pada 3 Januari 2023.



Separuh daripada jumlah itu boleh dibelanjakan untuk penjaja yang mengambil bahagian dan peniaga di kawasan kejiranan, dan separuh lagi di pasar raya yang mengambil bahagian.



Baucar itu akan diedarkan di bawah skim CDC yang akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, pada 3 Januari, lapor The Straits Times.



Butiran lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat, kata CDC dan Persatuan Rakyat (PA) dalam satu kenyataan kelmarin.



Sementara itu, isi rumah Singapura boleh menderma baki baucar CDC mereka untuk 2021 dan 2022 kepada badan amal pilihan.



Baucar, yang tamat tempoh pada 31 Disember, boleh didermakan sebagai wang tunai kepada badan amal melalui laman web Skim Baucar CDC.



Dalam kenyataan itu, CDC dan PA berkata 1.2 juta isi rumah Singapura telah menuntut baucar CDC 2021 mereka dan 1.16 juta isi rumah telah menuntut baucar CDC 2022 mereka.



Ini masing-masing membentuk 98 peratus dan 95 peratus daripada semua isi rumah Singapura.



Daripada baucar yang diedarkan, hampir 90 peratus telah dibelanjakan untuk kira-kira 20,000 penjaja dan peniaga yang mengambil bahagian.



Mulai sekarang hingga 31 Jan 2023, rakyat Singapura boleh menderma jumlah baki baucar CDC mereka kepada mereka yang memerlukan.



Baucar akan didermakan kepada badan amal secara tunai, dan potongan cukai untuk Tahun Taksiran 2024 mungkin disediakan oleh badan amal masing-masing, bergantung pada polisi mereka sendiri.



Kenyataan itu berkata CDC telah menerima maklum balas daripada orang ramai bahawa sesetengah rakyat Singapura ingin berkongsi jumlah baki baucar mereka dengan mereka yang mungkin lebih memerlukannya di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup.



Cik Low Yen Ling, Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South West, berkata dengan pilihan alternatif ini, beliau berharap rakyat Singapura dapat mendermakan baucar mereka sebagai cara yang bermakna untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan.



"Rakyat Singapura telah menunjukkan kekuatan dan perpaduan yang hebat di tengah-tengah keadaan yang mencabar," katanya.



"Saya tersentuh dengan semangat tidak mementingkan diri rakyat Singapura yang menyokong satu sama lain dalam masa sukar.



"Saya pasti rasa solidariti dan daya tahan kita yang kuat akan membantu kita mengharungi cabaran dan maju bersama sebagai satu negara," tambahnya.



Mereka yang ingin menderma atau menuntut baucar mereka boleh melawati voucher.cdc.gov.sg untuk berbuat demikian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >