Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Baucar Teroka Semula S'pura mula diberi 1 Dis

Nov 04, 2020 | 05:30 AM



RAKYAT Singapura, mulai bulan depan, boleh mendapatkan Baucar Teroka Semula Singapura (SRV) yang boleh digunakan untuk menempah penginapan hotel, tiket ke tempat tarikan dan lawatan berpandu mulai 1 Disember ini.



Baucar itu, yang bertujuan menggalak rakyat meneroka Singapura dan merancakkan sebahagian perniagaan yang dijejas pandemik, sah digunakan dari 1 Disember hingga hujung Jun tahun depan.



Pemerintah menggalak warga mendapatkan baucar secara digital melalui SingPass, tetapi bantuan akan ditawarkan kepada golongan yang mengalami kesukaran untuk berbuat demikian, seperti warga emas.



Mengumumkan butiran mengenai baucar itu di Parlimen semalam, Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan, berkata pemerintah akan menyediakan tempat fizikal untuk membantu golongan yang memerlukan, seperti untuk menempah tiket dan penginapan.



Encik Tan berkata syarikat Klook Travel Technology dengan UOB Travel Planners, Changi Travel Services dan GlobalTix, yang merupakan platform tempahan bagi SRV, akan menawarkan kedua-dua tempat bantuan digital dan fizikal.



"Rakyat Singapura yang memerlukan bantuan membuat tempahan bagi produk pelancongan boleh mendapatkan bantuan di tempat bantuan fizikal yang tersedia itu.



"Tempat bantuan fizikal ini akan disediakan di serata negara untuk menjadikannya lebih mudah bagi orang ramai," kata Encik Tan.



Menambah, Encik Tan juga berkata Lembaga Pelancongan Singapura (STB) sedang bekerjasama dengan Persatuan Rakyat (PA) untuk menambah tempat bantuan di beberapa kelab masyarakat, dengan setiap estet HDB akan mempunyai sekurang-kurangnya satu tempat bantuan fizikal.



Satu talian hotline juga akan dibentuk untuk menjawab pertanyaan awam.



Encik Tan berkata STB juga sedang bekerjasama dengan agensi pemerintah yang relevan dan platform tempahan dilantik untuk melindungi warga daripada ditipu berhubung penggunaan baucar digital ini.



Justeru, mendapatkan baucar menerusi SingPass digalakkan kerana ia menyediakan sistem yang selamat bagi pengagihan baucar dan mengurangkan risiko berlakunya penipuan.



Encik Tan menasihatkan rakyat Singapura agar merahsiakan butiran akaun SingPass mereka dan tidak mengongsi kata laluan satu kali (OTP) dengan sesiapa.



Beliau juga mengingatkan orang ramai agar berhati-hati apabila menggunakan baucar supaya tidak menjadi mangsa penipuan.



"Orang ramai dinasihatkan untuk membuat pembelian hanya daripada platform yang dibenarkan. Duta di tempat bantuan fizikal juga akan mengingatkan warga emas tentang langkah perlindungan tersebut," kata beliau.



STB akan menjalankan pemeriksaan dan audit kerap serta memanfaatkan analitik data untuk memantau urus niaga yang mencurigakan bagi siasatan lanjut, dengan kes penipuan akan dilaporkan kepada polis.



LAPORAN LANJUT: Kampong Glam antara 10 kawasan dijadikan destinasi 'Singapoliday'




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >