Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bazar Kg Glam kembali bersinar...

Apr 02, 2022 | 05:30 AM



BAZAR Kampong Glam kembali bersinar dan bermandi cahaya apabila ia dibuka semula semalam kepada orang ramai, dua tahun selepas pandemik Covid-19.



Ramai pengunjung telah tiba seawal 3 petang apabila bazar dibuka dengan ramai yang mengambil peluang untuk membeli pelbagai aneka makanan dan minuman.



Antaranya peniaga yang menyertai bazar itu ialah pemilik Meat My Meat, Encik Amir Khan Mohamed Iqbal, 34 tahun.



"Kelmarin apabila membuat persediaan gerai rasa macam tak percaya bazar sudah dibuka semula.



"Lebih sekadar meraih untung, saya rasa ramai penjual di sini termasuk saya hanya mahukan kemeriahan bazar itu kembali. Saya pasti pengunjung juga mahu merasakan semula keseronokan bazar Raya," katanya.



Semalam, lampu lap lip mula bergemerlapan di Kampong Glam untuk menandakan pembukaan kempen Cinta Cahaya Ramadan.



Pelancaran lampu semalam telah dirasmikan oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim dan Mayor Daerah Central Singapore, Cik Denise Phua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >