Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Bazar Raya peluang bina pengalaman bagi peniaga dari rumah

Apr 15, 2022 | 05:30 AM



DENGAN kelonggaran langkah pengurusan selamat, beberapa bazar kini kembali untuk memeriahkan Ramadan tahun ini.



Bagi beberapa peniaga di rumah, bazar-bazar Raya menjadi satu peluang untuk mereka berjinak-jinak dahulu untuk mendapatkan pengalaman niaga runcit dan membina jenama mereka.



Begitu juga tujuan Bazaar Kita yang dianjurkan tahun lalu, secara bersama oleh Wisma Geylang Serai (WGS) dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) diadakan secara dalam talian.



Tahun ini, dengan kelonggaran langkah pengurusan selamat, Bazaar Kita kini diadakan secara dalam talian dan juga secara fizikal.



Menurut Presiden DPPMS, Encik Farid Khan, Bazaar Kita bertujuan memeriahkan lagi suasana Ramadan dan memberikan keyakinan kepada masyarakat terutama sekali kepada para peniaga Islam yang telah mengharungi banyak kesukaran akibat kesan Covid-19 selama dua tahun.



Encik Farid berkata ia juga memberi lebih banyak peluang bagi para peniaga yang belum menggunakan platform dalam talian untuk turut berniaga secara fizikal.



"Matlamatnya, pada tahun ini, DPPMS ingin bekerjasama lagi untuk memberikan bantuan kepada lebih ramai para peniaga kecil atau peniaga di rumah bagi membantu mereka mengembangkan lagi perniagaan mereka melalui usaha digitalisasi untuk menyertai dan mempromosikan 'kedai digital' mereka," ujar beliau.



Sekitar 20 peniaga juga membuka gerai mereka di Bazaar Kita di tingkat dua WGS termasuk gerai The Marwa Nour yang menawarkan pakaian hijab yang berkualiti, bergaya dan selesa untuk muslimah moden.



Menurut Cik Zauyah Kassim, 54 tahun, pemilik bersama The Marwa Nour, idea untuk menjadi peniaga tempatan dan menceburi jualan hijab bermula sejak dua tahun yang lalu bersama dua jirannya Cik Syarifah Zainah, 53 tahun, dan Cik Rashida Mudafi, 53 tahun.



Mereka yang tinggal berjiranan di sebuah kondominium di Tampines seringkali melakukan aktiviti renang, zumba dan mengaji bersama sebelum sekatan akibat Covid-19 yang membuat mereka mencari idea untuk mengisi masa lapang dua tahun yang lalu.



Namun, mereka hanya mula perniagaan hijab rekaan mereka tahun ini setelah membuat kajian mendalam mengenai trend, kualiti kain serta ukuran yang sesuai dan sejajar dengan keinginan para pembeli.



Menurut Cik Zauyah, mereka memulakan penjualan hijab melalui lelaman Marwa Nour serta Instagram ingin menguji pasaran serta membina jenama mereka dan memutuskan untuk mencubanya di Bazaar Kita pada bulan Ramadan ini.



"Orang ramai sudah tentu akan ke bazar Raya untuk persiapan Hari Raya terutama sekali kerana ini tahun pertama adanya bazar-bazar setelah dua tahun tutup, dan kami percaya peluang ini adalah yang terbaik untuk kami mendapatkan maklum balas dari pembeli mengenai apa yang mereka inginkan serta membina jenama kami kepada masyarakat Melayu/Islam Singapura," ujar beliau yang turut menyatakan bahawa mereka akan mengambil keputusan bagaimana untuk mengembangkan perniagaan mereka selepas pengalaman di Bazaar Kita.



Bagi AllHashtag Trading yang menjual kuih-kuih Raya serta snek tradisional dan moden melalui lelaman mereka dan Instagram, mereka menyertai Bazaar Kita untuk mendapatkan pengalaman runcit sebelum menubuhkan kedai runcit mereka.



"Dari pengalaman sejauh ini, memang sudah banyak pengajaran yang telah kami pelajari seperti kepentingan lokasi untuk mendapatkan pelanggan, kerana kami sedari bahawa lokasi Bazaar Kita yang terletak di tingkat dua WGS kadangkala tidak berapa sesak kerana orang ramai tidak sedar adanya bazar di sini.



"Namun, bazar ini juga meningkatkan kesedaran terhadap jenama kami dan memberikan kami peluang mendekati lebih ramai pembeli dan membina jenama kami," ujar Encik Zulkynaen Abdul Rahman, 26 tahun yang turut menguruskan gerai bapanya itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >