Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bazar Raya Utara kali ini lebih bermakna: DPM Wong

Tampilkan lebih 90 gerai F&B, runcit serta kawasan jamu selera lebih luas
Mar 26, 2023 | 05:30 AM



BUAT pertama kali, GRC Marsiling-Yew Tee dan GRC Sembawang telah bergabung tenaga untuk menganjurkan bazar Ramadan yang terbesar di bahagian utara negara ini.



Bertempat di tanah lapang bersebelahan dengan MRT Woodlands, Bazar Raya Utara (BRU) menampilkan lebih 90 gerai makanan dan minuman (F&B) serta runcit di samping kawasan menjamu selera yang lebih luas untuk penduduk Muslim berbuka puasa.



Timbalan Perdana Menteri yang juga penasihat bagi pertubuhan akar umbi (GRO) GRC Marsiling-Yew Tee, Encik Lawrence Wong, berkata kerjasama pertama kali ini adalah signifikan.



Ini lebih-lebih lagi setelah BRU tidak dianjurkan selama tiga tahun sejak pandemik Covid-19. BRU dianjurkan pada 2002 oleh GRC Sembawang - semasa Marsiling masih di bawah GRC itu - dan kali terakhir diadakan pada 2019.



Bercakap kepada media selepas pelancaran bazar itu pada Sabtu, Encik Wong berkata:



"Bazar Raya Utara adalah sesuatu yang bermakna untuk penduduk di bahagian utara kerana ia telah diadakan selama 18 tahun.



"Terdapat tradisi yang panjang menganjurkannya dan ramai penduduk ghairah menantikannya. Malangnya kami tidak dapat menganjurkannya beberapa tahun lalu.



"Maka, ini menjadikan penganjuran bazar tahun ini lebih penting setelah sekatan dimansuhkan dan kita dapat menyambung semula kegiatan. Kami rasa adalah baik untuk bergabung tenaga dan anjurkan acara ini bersama."



Tahun lalu, GRC Sembawang menganjurkan bazar Ramadan berskala kecil di Woodlands Sports Pavilion, dengan sekitar 20 gerai manakala GRC Marsiling-Yew Tee menganjurkan BazaRia dengan sekitar 40 hingga 50 gerai.



Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan) dan Penasihat GRO GRC Marsiling-Yew Tee, Encik Zaqy Mohamed, berkata apa yang berbeza kali ini ialah program dan gerai yang ditawarkan.



"Apa yang penting ialah program yang diaturkan untuk penduduk agar dapat menghidupkan suasana yang serupa dengan bazar di Geylang Serai, seperti yang diinginkan penduduk."



Sementara itu, penasihat GRO GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar, berkata gandingan bahu kededua GRC akan memanfaatkan para penduduk.



"Gabungan di peringkat GRC ini mencerminkan perpaduan penduduk khususnya selepas pandemik... yang penting, kita dapat hidup seperti normal dan mengeratkan silaturahim."



Turut menghadiri pelancaran itu ialah penasihat GRO GRC Marsiling-Yew Tee, Cik Hany Soh, dan penasihat GRO GRC Sembawang yang juga Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, serta Encik Vikram Nair.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >