Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beban jaga pesakit mental sukar diukur, lebih banyak perlu dilakukan masyarakat: Presiden Halimah

Oct 06, 2021 | 06:12 PM



BEBAN penjaga pesakit mental sukar diukur namun ia merupakan kesan paling menyakitkan bagi penyakit mental, kata Presiden Halimah Yacob pada Rabu (6 Okt).



Sering kali, anggota keluarga turut menderita apabila penjaga perlu menjaga anggota keluarga yang menghadapi penyakit mental, tambah beliau lagi.



Puan Halimah berkata demikian ketika mengulas mengenai kajian Institut Kesihatan Mental (IMH) terbaru yang menunjukkan bahawa kos enam jenis gangguan mental di Singapura mencapai $1.7 bilion setahun.



Kajian tersebut menjelaskan bahawa kos tersebut mengecualikan kos-kos lain seperti beban pengasuh, ubat-ubatan dan hilang pendapatan yang berkaitan dengan pengangguran.



“Sering kali, keluarga pesakit mental juga menderita apabila mereka perlu menjaga anggota keluarga yang menghadapi penyakit mental. Mereka juga alami kerugian ekonomi kerana perlu melepaskan peluang pekerjaan atau tidak boleh memburu kerjaya secara agresif seperti yang lain kerana dibebani tanggungjawab menjaga anggota keluarga yang menderita penyakit mental.



“Dalam kes-kes yang lebih teruk, apabila pesakit mental tidak dapat bekerja, beban kewangan penjaga bertambah,” menurut Puan Halimah di laman Facebooknya.



Beliau berkata banyak lagi yang boleh dilakukan masyarakat dalam menawarkan persekitaran yang lebih baik untuk pesakit mental, misalnya, keperluan bagi program campur tangan awal yang berkesan - lebih-lebih lagi dalam membantu golongan muda sebelum penyakit mental itu menjejas individu tersebut.



Masyarakat pula perlu menyediakan persekitaran yang menyokong dan memahami supaya ramai dapat mendapatkan pertolongan yang lebih awal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >