Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN KHAS BH

Beberapa badan semak bantuan bagi pelajar Melayu/Islam terjejas inflasi

Dec 17, 2022 | 05:30 AM



TERDAPAT pertubuhan yang menyampaikan dermasiswa kepada pelajar di sini yang telah menaikkan kuantum atau jumlah wang tunai yang diberikan, antara lain disebabkan kos sara hidup dan inflasi yang meningkat.



Mereka termasuk Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) yang telah membuat semakan besar terhadap kuantum dermasiswanya bagi pelajar di peringkat universiti tahun ini.



Sebagai contoh, kuantum dermasiswa bagi pelajar di peringkat sarjana muda yang mengikuti pengajian sepenuh masa di universiti setempat dinaikkan hampir 40 peratus kepada $2,500 tahun ini, berbanding $1,800 sebelum ini.



Kuantum dermasiswa bagi pelajar di peringkat possiswazah yang mengikuti pengajian sepenuh masa di universiti setempat pula dinaikkan 50 peratus kepada $3,000 tahun ini, berbanding $2,000 sebelum ini.



Presiden LBKM, Dr Syed Harun Taha Alhabsyi, berkata LBKM memantau rapat kos pendidikan di universiti dan mendapati bahawa ia telah banyak meningkat saban tahun disebabkan tekanan inflasi.



"Dengan menaikkan kuantum ini, kami berharap dermasiswa kami dapat mengurangkan sekurang-kurangnya sebahagian daripada beban kewangan pelajar kita dan keluarga mereka," ujarnya.



Sementara beberapa badan Melayu/Islam lain seperti Yayasan Mendaki dan AMP Singapura tidak mengambil langkah serupa, mereka turut menjalankan usaha lain untuk membantu pelajar yang terjejas dengan kos sara hidup dan kos pendidikan yang meningkat.



Selain dermasiswa dan biasiswa, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah, berkata badan bantu diri itu turut menawarkan bantuan kewangan lain seperti pinjaman pengajian tanpa faedah dan subsidi Dana Amanah Pendidikan (ETF) kepada pelajar.



"Kami kerap menyemak kriteria kelayakan dan kuantum bagi skim bantuan kewangan ini untuk memastikan bahawa pelajar yang memerlukan mendapat sokongan untuk melanjutkan pengajian mereka,"ujarnya.



Tambahnya, satu semakan yang dijalankan baru-baru ini termasuk langkah menaikkan kriteria pendapatan per kapita daripada $562.50 kepada $650 sejak 1 Januari lalu.



Ini bertujuan memastikan lebih ramai pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah layak mendapatkan bantuan.



"Kami juga telah bekerjasama dengan rakan kerja korporat seperti GIC, MiRXES, Bitsmedia dan penaja individu untuk menawarkan lebih banyak dermasiswa dan biasiswa," ujar Cik Zuraidah.



Meskipun AMP Singapura juga tidak mengambil langkah menaikkan kuantum dermasiswa yang ditawarkannya buat masa ini, pengurus latihan dan pendidikan badan itu, Cik Fauziah Rahman, berkata mereka akan menggunakan dana yang terkumpul untuk membantu lebih ramai pelajar yang terhimpit dengan kos sara hidup dan pendidikan yang tinggi.



Untuk membantu lebih ramai pelajar yang memerlukan, beliau berkata mereka juga harus meneruskan usaha mengumpul dana daripada penderma individu serta badan korporat.



"Di AMP, kami dapati ramai pelajar yang memerlukan telah pun memenuhi kriteria dan menerima bantuan dermasiswa daripada badan nasional mahupun badan sosial yang lain.



"Meskipun begitu, bantuan daripada pelbagai pihak dapat membantu dengan mengurangkan lagi kos pendidikan dan kehidupan mereka.



"Oleh itu, kami tidak meletakkannya sebagai satu kriteria dan akan menerima permohonan dermasiswa daripada pelajar walaupun mereka sudah menerima bantuan daripada badan lain," ujar Cik Fauziah.



Laporan lanjut: LBKM mahu pastikan sumbangan dermasiswa seiring kos pendidikan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >