Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekalan COE merosot 10.6% bagi Mei-Julai: LTA

Apr 17, 2021 | 05:30 AM



BILANGAN Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) yang ditawarkan bagi pemilik dan penjual kereta akan merosot bagi tiga bulan akan datang bermula bulan depan, dengan kuota berkurangan 10.6 peratus.



Mengumumkan kuota baru itu kelmarin, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata secara purata, 3,792 COE kereta akan ditawarkan sebulan bagi tempoh antara Mei dengan Julai, berkurangan daripada 4,241 sebulan antara Februari dengan bulan ini.



Ini menyusuli kemerosotan 12.8 peratus berbanding kuota sebelumnya, bagi tempoh antara November dengan Januari, di mana ada 4,865 COE kereta sebulan.



Angka ini merangkumi COE bagi kereta dalam Kategori A, yang diperuntuk bagi kereta sehingga 1,600 cc dan 130 kuasa brek kuda (bhp); Kategori B, bagi kereta melebihi 1,600 cc atau 130 bhp; dan Kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang kenderaan kecuali motosikal, tetapi biasanya digunakan bagi kereta lebih besar.



Bilangan COE yang ditawarkan bagi kenderaan komersial juga dijangka jatuh mendadak bagi suku kedua berturut-turut.



Sebanyak 314 COE ditawarkan bagi kenderaan barangan dan bas sebulan, kemerosotan 38.6 peratus daripada 511 COE sebulan yang kini ditawarkan.



Dalam pada itu, bekalan COE motosikal terus bertambah.



Bermula suku depan, bekala COE tersebut akan bertambah daripada 1,083 sebulan pada masa ini kepada 1,228 sebulan.



Secara keseluruhan, 5,334 COE akan ditawarkan sebulan, bagi tiga bulan akan datang, berbanding 5,835 COE yang kini ditawarkan.



LTA berkata ada baki 2,890 COE daripada kuota yang 19,490 COE yang dikumpulkan apabila bidaan COE digantung antara April dengan Jun tahun lalu akibat Covid-19.



Baki COE ini dijangka dikembalikan ke pasaran dalam tempoh setahun antara Julai tahun lalu hingga Jun tahun ini.



Kelmarin, LTA berkata ia akan menawarkan baki COE ini dalam tempoh tiga bulan akan datang dan bukan hanya pada Mei dan Jun, supaya ia boleh dibahagikan secara lebih rata.



Pada bidaan COE terakhir, harga COE meningkat disebabkan beberapa faktor, termasuk jangkaan kuota yang akan dikurangkan.



Kuota COE ditentukan berdasarkan beberapa faktor, seperti bilangan kenderaan yang dihentikan pendaftarannya, perubahan dalam bilangan teksi dan bilangan kenderaan komersial yang digantikan di bawah Skim Gantian Awal.



Pada 7 April, harga COE bagi Kategori A dan Kategori B mencapai kadar tertinggi sejak 2017, iaitu $45,600 dan $52,309.



Harga COE bagi Kategori Terbuka pula mencecah harga tertinggi dalam dua tahun iaitu $52,200.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >