KES RASUAH BEKAS PEGAWAI MAJLIS BANDARAN ANG MO KIO

Bekas pengurus besar didakwa terima sogokan $107,000

BEKAS pengurus besar dan setiausaha Majlis Bandaran Ang Mo Kio (AMKTC), yang didakwa menerima sogokan daripada dua firma bangunan serta pengarahnya, didakwa mengambil rasuah di mahkamah semalam.

Wong Chee Meng, 58 tahun, juga dikenali sebagai Victor Wong, menghadapi 55 tuduhan menerima rasuah berjumlah $107,000 daripada pengarah 19-ANC Enterprise dan 19-NS2 Enterprise bagi memajukan kepentingan perniagaan firma tersebut kepada majlis bandaran.

Sogokan itu termasuk pengiriman wang ke luar negara buat wanita simpanannya di China, pekerjaan buat menantunya, belanja hiburan KTV, diskaun $13,500 bagi pembelian kereta dan penggunaan talian telefon bimbit.

Kesalahan itu didakwa berlaku antara Disember 2014 dengan September 2016.

Turut didakwa berkomplot ialah Chia Sin Lan, 62 tahun, pengarah dan pemegang saham 19-ANC Enterprise dan 19-NS2 Enterprise.

Chia menghadapi 54 tuduhan merasuah dan satu tuduhan bersubahat dengan pengarah projek 19-ANC, Yip Fong Yin, untuk memberikan diskaun $13,500 kepada Wong bagi pembelian kereta pada Disember 2014.

Syarikat Chia masing-masing menghadapi satu pertuduhan bersekongkol memberi rasuah kepada Wong bagi memajukan kepentingan perniagaan kepada majlis bandaran itu.

Menurut daftar Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA), dua firma tersebut pembina berlesen dan didaftar bagi menjalankan kerja pembaikan dan hiasan semula.

Wong, yang bertugas dengan CPG Facilities Management, iaitu ejen pengurusan majlis bandaran itu, dipecat menyusuli aduan ke atasnya yang diterima majlis bandaran pada September 2016.

Aduan tersebut melibatkan "cara dia mengendalikan kontrak dan urus niaga dalam majlis bandaran".

Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) kemudian menjalankan siasatan.

Wong dan Chia mahu dibicarakan.

Masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin bernilai $100,000 setiap seorang.

Pasport mereka juga turut dirampas.

Kes mereka akan didengar lagi pada 11 April.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda $100,000; penjara hingga tujuh tahun; atau kedua-duanya sekali bagi setiap kesalahan.

Syarikat tersebut juga boleh didenda hingga $100,000 di bawah Akta Pencegahan Rasuah.

Galeri Foto

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28
3 HR PSI: 46
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.