Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas rotan di badan anak, ibu buat laporan polis

Sep 06, 2019 | 02:02 PM



SEORANG ibu telah membuat laporan polis terhadap sebuah sekolah rendah, selepas mendapati enam bekas rotan pada tangan dan kaki anaknya, 12 tahun.



Cik Claire Chee, 48 tahun, seorang suri rumah, mendakwa sekolah itu telah merotan anaknya tanpa memberitahu beliau atau suaminya terlebih dahulu.



Apabila dihubungi, polis memberitahu akhbar The New Paper (TNP) bahawa mereka telah dimaklumkan mengenai kes 'menyebabkan kecederaan secara sukarela' di Lorong Chuan pada Selasa (3 September).



Siasatan sedang dijalankan.



Menurut lelaman schoolbag.sg, sebuah lelaman Kementerian Pendidikan (MOE), jika hukuman rotan dikenakan terhadap seorang pelajar, ibubapanya akan dimaklumkan terlebih dahulu.



Di bawah Peraturan Pendidikan (bagi Sekolah), hukuman rotan hanya boleh dikenakan oleh pengetua sekolah atau pegawai yang diberi amanah tersebut oleh pengetua sekolah. 



Hukuman semacam itu, akan dilakukan menggunakan rotan yang ringan, di telapak tangan atau di punggung pelajar, namun pelajar harus mengenakan pakaian ketika hukuman dikenakan.



Hukuman tersebut juga harus dilakukan di tempat yang privat, serta bimbingan lanjut perlu dijalankan selepas hukuman dikenakan.



Cik Chee dan suaminya telah ke sekolah anak mereka selepas menerima panggilan telefon daripada pihak sekolah, yang menyatakan bahawa anak lelaki mereka terlibat dalam satu pergaduhan.



Beliau memberitahu TNP pada Khamis (5 September): "Ketika saya tiba di sekolah, saya telah bercakap dengan guru kelas anak saya dan pegawai disiplin sekolah itu. Tiada sesiapa yang memberitahu saya bahawa anak saya telah dirotan.



Menurut beliau, sebaik sahaja tiba di rumah, suaminya menjumpai bekas rotan pada tangan dan kaki anaknya.



Apabila Cik Chee mengemukakan isu tersebut kepada pegawai disiplin, guru itu menegaskan bahawa dia hanya merotan pelajar-pelajar lelaki itu dengan lembut, setakat untuk memberi amaran.



Cik Chee berkata: "Saya sangat sedih dan marah, (sehingga) tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Saya sendiri tidak pernah merotan anak saya."



Cik Chee berkata, bekas rotan masih kelihatan pada anaknya.



Terdapat tiga bekas rotan di tangan kanan, dua di tangan kiri dan satu di bahagian belakang kaki anaknya. 



Usaha TNP untuk menghubungi sekolah tersebut pada Khamis tidak dijawab. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >