Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas Sekolah Menengah North View sedia terima jemaah Yishun mulai 12 Mei

Ruang sementara ganti Masjid Darul Makmur bagi solat Jumaat, Hari Raya
May 09, 2023 | 05:30 AM



JEMAAH Masjid Darul Makmur boleh menunaikan solat Jumaat di bekas Sekolah Menengah North View mulai 12 Mei, sedang masjid Yishun itu ditutup bagi kerja-kerja naik taraf.



Bekas sekolah itu kini sedia untuk menerima jemaah selepas kerja pembersihan dijalani di tapak sekolah tersebut, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, di Facebooknya pada Isnin.



Tiada tempahan diperlukan untuk solat Jumaat atau Hari Raya. Pihak masjid akan memantau respons dan akan melaksanakan sistem tempahan jika perlu.



Tempat solat sementara akan dibuka antara 12.30 tengah hari dengan 2.30 petang untuk solat Jumaat, dan antara 7 dengan 9 pagi untuk solat Hari Raya.



Jemaah digalakkan mengambil wudhu di rumah dan membawa sejadah sendiri.



Memberi perkembangan terkini tentang kerja pembersihan di bekas sekolah itu, Dr Faishal, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, berkata:



"Lantai telah dibersihkan, semua lampu berfungsi dan terdapat kipas untuk memberikan pengudaraan yang baik ketika jemaah berkumpul untuk menunaikan solat.



"Ramai penduduk Islam berkongsi kegembiraan mereka kerana tempat solat sementara ini telah diadakan.



"Ia dilengkapi dengan kemudahan yang membolehkan jemaah yang mempunyai masalah pergerakan untuk menunaikan solat Jumaat juga."



Sebelum ini, ketika Dr Faishal mengunjungi Masjid Darul Makmur semasa sesi pertama solat Hari Raya Aidilfitri, penduduk kawasan itu menimbulkan perlunya tempat solat sementara di Yishun disediakan selepas kebanyakan operasi Masjid Darul Makmur dipindahkan ke Masjid Assyafaah di Sembawang.



Sebagai langkah susulan maklum balas penduduk, beliau dan AP lain kawasan undi itu, termasuk Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam dan Encik Louis Ng serta para pegawai masjid, antaranya Pengerusi Eksekutif, Encik Izuan Mohd Rais, telah mengenal pasti bekas Sekolah Menengah North View sebagai tapak paling sesuai.



"Kami dapat menyediakan tempat solat sementara ini dalam masa yang singkat berkat sokongan padu daripada kontraktor Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan pemimpin akar umbi.



"Menteri Shanmugam dan saya bekerja rapat dengan mereka dan Masjid Darul Makmur. Pemimpin akar umbi juga telah bersetuju untuk membayar 50 peratus sewa," tambah Dr Faishal.



Masjid Darul Makmur diberi kebenaran menggunakan bekas Sekolah Menengah North View sebagai tempat solat sementara selama dua tahun sedang ia menjalani kerja naik taraf yang dijangka siap pada hujung 2025.




"Lantai telah dibersihkan, semua lampu berfungsi dan terdapat kipas untuk memberikan pengudaraan yang baik ketika jemaah berkumpul untuk menunaikan solat. Ia dilengkapi dengan kemudahan yang membolehkan jemaah yang mempunyai masalah pergerakan untuk menunaikan solat Jumaat juga."
- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >