Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanja $45,000 untuk bisnes sedia ruang permainan kanak-kanak di Yishun

Sep 05, 2023 | 07:24 PM



Ini bukan ‘main-main’, tetapi satu usaha perniagaan dengan pelaburan ribuan dolar.

Sepasang ibu bapa di sini sanggup membelanjakan $45,000 untuk membina sebuah ruang permainan kanak-kanak di sebuah pusat beli-belah di Yishun.

Dalam satu video yang tular baru-baru ini di TikTok, pasangan itu mengongsi pengalaman perniagaan mereka menyediakan taman permainan tertutup 2Step Playhouse di Junction Nine, Yishun.

Idea untuk menyediakan ruang sedemikian itu kerana kedua-dua putera mereka gemar bermain di kemudahan seperti itu.

Video yang ditonton lebih 112,000 kali itu mencatatkan kisah pasang surut pasangan itu membina taman permainan tersebut.







Pada mulanya mereka rasa gembira mendapat ruang kedai di pusat beli-belah tersebut dalam lingkungan bajet yang dirancang, cukup antaranya untuk membeli permainan seperti batu bata Lego.

Namun mereka kemudian dibayangi beberapa kos tidak dijangkakan termasuk dari segi peralatan, hiasan dan kerja ubah elok kedai itu.

Mereka juga terpaksa bekerja sehingga 2 pagi untuk mengendalikan taman permainan itu.

Namun Cik Nurhanis Sasali, 31 tahun, pemilik akaun TikTok itu berkata, segala keperitan yang telah dilaluinya akhirnya berbaloi.

Kini kemudahan permainan kanak-kanak itu yang dibuka pada 24 Jun lalu, menarik perhatian ramai ibu bapa dari serata Singapura yang ingin menempatkan anak mereka untuk bermain sementara mereka membeli-belah di situ.

Ia dibuka dari Isnin hingga Jumaat, 12 tengah hari hingga 8.30 petang dan 10 pagi hingga 9 malam pada hujung minggu dan cuti umum.

Kos permainan setiap sesi adalah $6 bagi sesi 15 minit, $8 bagi setengah jam dan $10 bagi sejam. Pelanggan juga ditawar skim keahlian berharga $10 seumur hidup yang menawarkan diskaun $1 bagi setiap pilihan jangka waktu permainan.

Bercerita kepada Berita Harian, Cik Nurhanis, seorang eksekutif operasi kanan Sembcorp dan suaminya Encik Abdul Khaliq Samsuri, seorang jurugambar, memutuskan untuk membina taman permainan bawah bumbung kanak-kanak itu kerana mereka sering melanggan taman permainan serupa lain bagi anak mereka berusia lima dan tiga tahun setiap hujung minggu.







“Salah satunya sebab saya mulakan perniagaan ini sebab saya benar-benar gemar memberi layanan kepada kanak-kanak dan saya telah banyak berbelanja untuk melanggani taman permainan tertutup lain bagi anak-anak saya,” katanya.

“Jadi saya fikir, bagaimana pula kami membuka satu taman permainan sendiri di kejiranan kami sebab tiada taman permainan sebegitu yang tersedia di kawasan baru Yishun yang sedang membangun pada ketika itu.”

Cik Nurhanis berasa puas dapat menyediakan sebuah ruang untuk kanak-kanak meneroka dan belajar sambil bermain.

Namun perjalanannya tidak mudah.

Cik Nurhanis berkata pada awalnya mereka mengetepikan sekitar $12,000 bagi peralatan, barang permainan dan insurans.

Namun akhirnya mereka mencatatkan perbelanjaan lebih $45,000 untuk mengubah elok seluruh unit berserta kos lain.

Apabila kedai dibuka pada Jun, bulan pertama agak sepi sahaja.

Cik Nurhanis berkata mereka tidak berupaya mendapatkan pelanggan secukupnya untuk menampung kos sewa pada ketika itu.

Mereka juga tidak berupaya mendapatkan cukup pekerja untuk menguruskan kemudahan tersebut.

“Saya tak pernah mengendali sebuah perniagaan dan saya pun tak tahu apa itu pulangan pelaburan (ROI). Namun kami bertuah sebab kami menerima sokongan padu daripada teman dan keluarga.

Kini, seramai lima pekerja sambilan bersilih ganti menjaga kedai. Cik Nurhanis kadang kala akan turun ke kedai pada hujung minggu sekiranya pekerjanya tidak dapat hadir.

Cik Nurhanis berkata selepas posnya di TikTok itu menjadi tular, ramai warga menghantar anak-anak mereka ke taman permainan mereka untuk menyokong perusahaannya.

Beliau berkata pada hari bekerja, kedainya - meskipun agak sepi - akan menerima sehingga dua kanak-kanak setiap jam, dan menjadi lebih sibuk pada hujung minggu dengan seramai 10 hingga 12 budak setiap jam.

“Kini kami sedang berusaha untuk melatih kakitangan agar dapat mencapai keseimbangan dari segi mendekati kanak-kanak dan mengingatkan mereka terhadap peraturan keselamatan,” katanya.

“Kami masih sedang belajar dan kami sudi menerima segala maklum balas dari pelanggan, keluarga dan teman-teman untuk memperbaiki perkhidmatan kami ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >