Belanjawan 2016: Baucar GST untuk 1.4 juta rakyat Singapura, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:44
Syuruk
7:02
Zuhur
1:07
Asar
4:19
Maghrib
7:10
Isyak
8:20
Setempat0

Belanjawan 2016: Baucar GST untuk 1.4 juta rakyat Singapura

Mar 24, 2016 | 05:41 PM

SERAMAI 1.4 juta rakyat Singapura akan dapat memanfaatkan baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekali beri, selepas pemerintah membentangkan rancangan untuk membantu rakyat Singapura membiayai kos sara hidup mereka di tengah kelembapan ekonomi.

Baucar GST yang diberi nama 'bayaran tunai khas' yang diberikan sekali sahaja, boleh mencecah nilai $200, kata Menteri Kewangan Heng Swee Keat dalam ucapan Belanjawan tadi.

Penerima baucar ini terdiri daripada mereka yang sudahpun memenuhi syarat baucar tunai GST tetap yang boleh mencecah $300, dan akan dibayar pada bulan Ogos.

Bayaran tunai khas ini dijangka menelan belanja tambahan sebanyak $280 juta tahun ini, dan akan diberikan pada bulan November.

Penerima yang layak terdiri daripada mereka yang berumur 21 tahun ke atas dan memperolehi $26,000 atau kurang dalam pendapatan yang boleh ditaksir pada tahun 2015.

Berita Popular

Mereka akan mendapat sebanyak $500 secara keseluruhan jika nilai tahunan rumah mereka pada 31 Disember tahun lepas (2015) adalah $13,000 ke bawah.

Mereka akan mendapat $250 jika nilai tahunan rumah mereka pada tarikh yang sama adalah antara $13,001 dan $21,000.

Sementara itu, warga tua dan keluarga Singapura akan terus menerima baucar GST Medisave mereka dan baucar Utilities-Save tahun ini.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map