Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BELANJAWAN BERDAYA TAHAN

Individu bekerja sendiri bakal terima $1,000 sebulan selama 9 bulan

Mar 27, 2020 | 05:30 AM



INDIVIDU bekerja sendiri (SEP) yang layak, seperti pemandu teksi, akan menerima $1,000 setiap bulan selama sembilan bulan di bawah satu skim baru dalam usaha membantu golongan tersebut semasa tempoh mencabar ini.



Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, berkata beliau telah berbincang dengan Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, dan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, untuk membentuk Skim Pelepasan Pendapatan bagi SEP (Sirs) bagi tempoh ini.



Pemerintah akan memperuntukkan $1.2 bilion bagi skim itu, dengan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan memberikan perincian lanjut.



"Dalam Belanjawan Berdaya Tahan ini, kami merancang menyediakan bantuan wang tunai kepada lebih ramai SEP.



"Sesetengah daripada mereka mempunyai kurang sumber pendapatan dan sokongan keluarga, dan memerlukan bantuan semasa tempoh mencabar ini," kata Encik Heng.



Dalam pada itu, lagi $48 juta akan diperuntukkan untuk melanjutkan Skim Bantuan Latihan SEP kepada Disember ini.



Elaun latihan sejam di bawah skim itu juga akan ditambah daripada $7.50 kepada $10 mulai 1 Mei ini.



"Elaun latihan dipertingkat itu adalah di samping subsidi latihan murah hati yang sudah disediakan, yang meliputi sehingga 90 peratus yuran kursus.



"Di samping itu, pelatih juga boleh memanfaatkan Kredit SkillsFuture mereka untuk membiayai yuran kursus," kata Encik Heng.



Pakej Bantuan Tempat-ke-Tempat juga akan dilanjutkan dan dipertingkat untuk membantu pemandu teksi dan pemandu kereta sewa privet yang terjejas semasa tempoh ini.



Pemerintah akan mengeluarkan belanja lagi $95 juta bagi pakej itu.



"Pemandu teksi dan pemandu kereta sewa privet yang layak akan terus menerima bayaran Dana Bantuan Khas $300 bagi setiap kenderaan setiap bulan sehingga hujung September.



"Kami juga akan melanjutkan sokongan kepada pengendali teksi dan kereta sewa privet," kata Encik Heng.



Beliau menambah bahawa bantuan juga akan diberikan kepada pemilik bas privet.



Pemerintah akan menelan belanja $23 juta untuk menyediakan rebat cukai jalan raya untuk setahun dan pengecualian bayaran meletak kenderaan di kemudahan tempat meletak kenderaan kendalian pemerintah selama enam bulan kepada kumpulan itu.




"Dalam Belanjawan Berdaya Tahan ini, kami merancang menyediakan bantuan wang tunai kepada lebih ramai SEP. Sesetengah daripada mereka mempunyai kurang sumber pendapatan dan sokongan keluarga, dan memerlukan bantuan semasa tempoh mencabar ini."
- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat




BANTUAN UNTUK PEKERJA



Skim Bantuan Pekerjaan



  • Pemerintah akan bayar 25% gaji bulanan setiap pekerja setempat, dihadkan pada $4,600, untuk 9 bulan sehingga hujung 2020

  • Sokongan lebih tinggi sehingga 75% bagi sektor lebih terjejas oleh Covid-19

Geran Bantuan Covid-19



  • Geran tunai $800 setiap bulan selama 3 bulan bagi rakyat Singapura bergaji rendah dan pertengahan yang hilang pekerjaan

Dana Bantuan Sementara



  • Bantuan kewangan segera buat keluarga yang terjejas dengan Covid-19

Pekerjaan SGUnited



  • Sekitar 10,000 pekerjaan disediakan dalam satu tahun mendatang

Program Pelatih SGUnited



  • Sokong majikan untuk sediakan program pelatih kepada lulusan baru yang masuk alam pekerjaan, bantu lulusan baru dapat pekerjaan

Skim Pelepasan Pendapatan bagi Individu yang Bekerja Sendiri (Sirs)



  • Individu yang bekerja sendiri (SEP) yang layak akan terima $1,000 setiap bulan selama 9 bulan

Skim Bantuan Latihan SEP



  • Dilanjutkan hingga hujung 2020

  • Elaun latihan dinaikkan kepada $10 sejam mulai 1 Mei

Pakej Bantuan Tempat-ke-Tempat



  • Bayaran Dana Bantuan Khas $300 bagi setiap kenderaan setiap bulan untuk pemandu teksi dan pemandu kereta sewa privet hingga hujung September 2020

Bayaran Khas Daya Kerja Dipertingkat



  • Bayaran bagi pekerja bergaji rendah, termasuk SEP, akan dinaikkan kepada $3,000 dalam wang tunai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >