Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN NEGARA

Beli flat HDB: Pemilik flat sewa akan terima geran lebih tinggi

Geran akan dinaikkan daripada $35,000 kepada $50,000, boleh pilih tempoh pajakan lebih pendek
Mar 09, 2022 | 05:30 AM



SATU geran perumahan yang membantu keluarga di flat sewa awam untuk membeli flat kedua dari Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), akan dinaikkan daripada $35,000 kepada $50,000.



Di bawah Skim Perumahan Permulaan Baru (FSHS), keluarga yang mempunyai anak dan memerlukan ruang lebih besar, juga akan mempunyai pilihan untuk membeli flat tiga bilik bagi tempoh pajakan lebih pendek, dan ini tambahan kepada flat dua bilik fleksi yang kini ditawarkan, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.



Untuk menjadikan unit lebih dimampui, kedua-dua flat dua bilik fleksi dan flat tiga bilik akan ditawarkan dengan tempoh pajakan 45 hingga 65 tahun dengan kenaikan lima tahun, selagi tempoh pajakan itu boleh melindungi pemohon paling muda sehingga usia 95 tahun.



Menawarkan flat tiga bilik bagi tempoh pajakan akan menawarkan keluarga dengan lebih banyak pilihan perumahan, katanya, sambil akur bahawa ini dilakukan buat kali pertama.



"Ia merupakan perubahan agak ketara yang kita lakukan terhadap dasar perumahan kita untuk menyokong keluarga berpendapatan rendah dan anak-anak mereka, sedang mereka cuba untuk mempertingkat kehidupan mereka," katanya semasa perbahasan mengenai pelan perbelanjaan bagi kementeriannya.



Beliau berkata demikian sebagai respons kepada soalan yang diajukan kepada Anggota Parlimen (AP) Encik Gan Thiam Poh dan Cik Nadia Ahmad Samdin (kedua-duanya dari GRC Ang Mo Kio) yang bertanyakan tentang bantuan yang diberikan kepada isi rumah sewa untuk memiliki rumah mereka sendiri.



Di bawah geran perumahan Permulaan Baru, keluarga yang layak akan menerima $35,000 terlebih dahulu dalam Akaun Biasa (OA) Tabung Simpanan Pekerja (CPF) apabila mengambil kunci mereka.



Baki $15,000 akan disalurkan kepada akaun yang sama dengan jumlah yang sama sepanjang tempoh lima tahun akan datang.



Ini akan dilancarkan dari Mei tahun ini semasa pelancaran penjualan HDB.



Selain itu, keluarga juga akan menerima sokongan rapat daripada agensi khidmat sosial untuk memastikan mereka boleh terus memiliki rumah sendiri, kata Encik Lee.



Diperkenalkan pada 2016, skim itu membantu keluarga dengan sekurang-kurangnya seorang anak di bawah usia 18 tahun dan sebelum ini pernah membeli flat subsidi untuk membeli flat HDB kedua mereka.



Flat yang dijual di bawah skim Perumahan Permulaan Baru mempunyai tempoh penginapan selama 20 tahun bagi memastikan rumah yang stabil bagi keluarga dan anak-anak.



Buat masa ini, terdapat sekitar 51,100 isi rumah yang tinggal di flat sewa.



Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Negara dan HDB semalam, ia menyatakan flat tiga bilik yang tempoh pajakannya lebih pendek akan lebih dimampui berbanding tempoh pajakan 99 tahun.



Namun pada masa yang sama, ia memastikan keluarga tetap mempunyai rumah sepanjang kehidupan mereka.



"Keluarga juga akan menghadiri penilaian sosial tahunan oleh HDB dan menerima sokongan sosial daripada agensi khidmat sosial yang dilantik," kata kenyataan itu lagi.



Bagi terus membantu keluarga kekal pada landasan mereka untuk memiliki rumah sendiri, Program Sokongan Permulaan Baru yang telah ditubuhkan pada 2019, dan dikendalikan agensi khidmat sosial yang dilantik pemerintah, akan membantu keluarga yang mungkin menghadapi masalah dengan lebih awal dan sokongan diberikan secepat mungkin.



Sejak 2019, keluarga yang tidak layak bagi skim itu tetapi "menunjukkan potensi dan motivasi baik untuk memiliki rumah mereka sendiri" mungkin boleh diberikan pertimbangan khas untuk membuat tempahan bagi flat Bina Ikut Tempahan (BTO).




“Ia merupakan perubahan agak ketara yang kita lakukan terhadap dasar perumahan kita untuk menyokong keluarga berpendapatan rendah dan anak-anak mereka, sedang mereka cuba untuk mempertingkat kehidupan mereka.”
- Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >