Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia adakan 'lawatan harmoni' di tiga rumah ibadah di Bishan

Feb 11, 2018 | 05:30 AM



MENGUNJUNGI sebuah biara penganut Buddha, sebuah gereja dan sebuah masjid - semuanya dalam satu hari.



Itulah yang dilakukan sekumpulan 30 belia dalam acara setengah hari dari 9 pagi hingga 2 petang anjuran Pusat Harmoni di kawasan Bishan semalam.



'Lawatan Harmoni' ke Kong Meng San Phor Kark See, Zion Bishan Bible-Presbyterian Church, dan Masjid An-Nahdhah itu merupakan sebahagian daripada siri kegiatan yang diadakan Pusat Harmoni sempena Minggu Antara Agama Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Seorang peserta acara itu, Cik Yulis Ang, 29 tahun, menjejakkan kaki ke masjid buat kali pertama menerusi acara tersebut.



"Saya baru tahu orang Islam sembahyang lima kali sehari. Sebelum ini saya ingatkan orang Islam hanya sembahyang pada sebelah pagi dan malam, atau petang pada hari Jumaat sahaja.



"Program ini memberi saya pemahaman yang lebih baik tentang amalan agama lain," kata Cik Ang, seorang konsultan teknologi maklumat (IT) yang juga seorang sukarelawan di Kuil Buddhist Palelai.



Seorang lagi peserta, Encik Ryan Chiam, pula menghargai peluang melawat rumah ibadah agama lain dan mendengar sendiri perspektif daripada penganut agama itu.



"Apabila anda menjejak kaki ke rumah ibadah lain dan penganut agama itu mengalu-alukan anda, satu tembok penghalang dapat ditembusi, dan anda mempunyai pemahaman lebih baik.



"Tiada dialog yang dapat menandingi kesan seperti itu," ujar Encik Chiam, 21 tahun, seorang sukarelawan gereja Zion Bishan Bible-Presbyterian Church.



Ketua Pusat Harmoni, Ustaz Mohamed Ali Atan, akur lawatan seperti itu memberi kesan lebih mendalam dan membuka mata seseorang kepada amalan agama lain berbanding dialog misalnya, meskipun dialog turut memainkan peranan penting.



Lawatan tersebut juga menawarkan peluang kepada peserta berinteraksi secara langsung kepada penganut agama lain dan bertanya pelbagai soalan dan memperbetul salah faham.



"Pada asasnya, keharmonian agama dan kaum adalah mengenai usaha saling mengenali. Jika kita tidak bertanya soalan, bagaimanakah kita dapat saling mengenali?



"Dengan mengenali, barulah kita boleh menghormati agama lain," ujar Ustaz Ali.



Sempena Minggu Antara Agama Sedunia, Pusat Harmoni mengadakan sesi perbincangan tentang hubungan antara agama, menghos lawatan pembelajaran oleh institusi agama lain ke Masjid An-Nahdhah, selain menganjurkan lawatan harmoni tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >