Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORONAVIRUS

Belia anjur projek agih botol sanitiser ke masjid

Feb 20, 2020 | 05:30 AM



TEMPAT beribadah telah menarik perhatian orang ramai setelah beberapa kes jangkitan Covid-19 dilaporkan mempunyai kaitan dengan satu gereja yang terletak di Paya Lebar baru-baru ini.



Namun, bagi peserta belia Muslim Youth Forum (MYF), mereka telah menyokong pihak masjid mencegah wabak virus itu dengan mengagihkan 1,000 botol sanitiser tangan kepada lebih 10 masjid dalam satu projek Muslim Youth Care Initiative.



Masjid-masjid yang telah menerima sumbangan itu adalah Masjid Darul Makmur, Masjid Al-Muttaqin, Masjid An-Nahdhah, Masjid En-Naem, Masjid Al-Istiqamah, Masjid An-Nur, Masjid Yusof Ishak, Masjid Al-Mukminin, Masjid Assyakirin dan Masjid Maarof.



Setiap masjid diberi satu kotak mengandungi 20 botol sanitiser tangan.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MYF, Ustaz Zahid Zin, beberapa lagi masjid bakal menerima kotak-kotak itu kerana masih ada bekalan lagi.



Beliau berkata tujuan projek itu adalah untuk menyokong pihak masjid bagi menerapkan langkah berjaga-jaga supaya jemaah dapat memastikan kebersihan masing-masing dan ia telah menerima sambutan yang baik oleh belia MYF.



"Kami memulakan projek ini dengan sasaran mengumpul dana dari penyokong (crowd funding) untuk membeli 100 botol sanitiser tangan.



"Setelah menyebarkan maklumat itu kepada peserta belia MYF melalui Facebook, ia telah menerima sambutan baik, lalu berjaya melebihi sasaran itu hinggakan kami berupaya mengumpul $5,000 untuk membeli sebanyak 1,000 botol sanitiser tangan.



"Ini juga menunjukkan peranan penting yang dimainkan oleh belia kerana meskipun negara ini dilanda cabaran, mereka dapat menjadi penyumbang kepada masyarakat," kata Ustaz Zahid.



Ustaz Zahid menambah pihak masjid pula amat berterima kasih atas sumbangan itu memandangkan ia membantu mereka menambah bekalan sanitiser tangan untuk digunakan para jemaah.



Ini berdasarkan irsyad yang dikeluarkan Pejabat Mufti yang menasihati para jemaah untuk menjaga kebersihan serta kesihatan masing-masing ketika di tempat beribadah.



Menyentuh tentang hal demikian, Pengarah Kanan Masjid dan Pembangunan Masyarakat di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Helmy Mohd Isa, memberitahu Berita Harian (BH) minggu lalu bahawa masjid kini mempertingkatkan usaha kebersihan serta menawarkan kemudahan seperti sanitiser tangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >