Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia jaya kejar impian walau hadapi cabaran

Jul 05, 2021 | 05:30 AM



SEORANG berjaya genggam ijazah dengan kepujian kelas pertama, seorang lagi kini mengejar impian menjadi pekerja sosial selepas mengharungi pelbagai hambatan dalam hidup.



Masing-masing memaparkan pencapaian yang mengkagumkan, namun yang lebih menyerlah adalah tekad serta daya tahan kededua belia dalam mencapai cita-cita mereka, terutama sekali dalam tempoh pandemik mencabar ini.



Keupayaan untuk menyesuaikan diri merupakan antara kebolehan penting yang perlu diterapkan dalam diri supaya dapat menerima perubahan yang berterusan sekarang, kata Encik Sulaiman Azim Mohamad Daud, 25 tahun.



"Cabaran utama sekarang adalah untuk menyesuaikan diri dengan pantas terhadap keperluan keadaan, dan menerima perubahan secara terbuka, bukan hanya meratapi 'nasib' kita," ujarnya.



Encik Sulaiman telah meraih ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan, kelas pertama dalam pengajian Sejarah dari Universiti Nasional Singapura (NUS) baru-baru ini.



Selain cemerlang dalam pelajarannya, Encik Sulaiman juga telah menggarap peluang untuk mendalami minatnya dalam bidang muzik semasa menuntut di NUS.



Beliau antara belia yang berjaya mengejar impian meskipun dalam keadaan pandemik kini.



Bagi Encik Arshad Supa'at pula, kejayaan menggenggam ijazah sarjana muda lebih manis tidak lama lagi apabila mengenangkan semua cabaran yang perlu diharungi untuk tiba di menara gading.



Meskipun berdepan banyak cabaran sepanjang perjalanan pendidikannya, beliau berjaya mendapatkan Diploma dalam Perniagaan Antarabangsa dari Politeknik Singapura (SP) pada 2016 dan kini menuntut di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) dalam bidang Kerja Sosial.



Pada masa yang sama, beliau bekerja dengan sebuah badan bukan mencari untung, New Life Stories, sebagai eksekutif hubungan sukarelawan dan berazam mahu berkhidmat dalam sektor perkhidmatan sosial di masa depan.



"Saya sangat percaya dan yakin bahawa pendidikan boleh menjadikan kita sama rata di peringkat sosial.



"Tidak kira asal usul anda atau latar belakang sosial atau keluarga anda, jika anda melakukan yang terbaik, pendidikan boleh membuka pintu bagi anda," katanya.



Memberi penghargaan kepada belia sempena Hari Belia semalam, Presiden Halimah Yacob berkata beliau terharu melihat belia setempat terus menyumbang masa dan tenaga kepada golongan lebih memerlukan semasa pandemik ini.



"Saya berharap belia kita akan meneruskan usaha kolektif mereka untuk membawa kesan yang positif kepada masyarakat kita," kata beliau menerusi Facebook.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong juga memuji daya tahan belia Singapura menerusi satu pos di Facebook sambil mengucapkan Selamat Hari Belia kepada semua.



Katanya, belia kini menghadapi cabaran yang lebih kompleks dalam mencecah usia dewasa, terutama sekali dalam keadaan pandemik ini.



"Belia Singapura, yang didorong idealisme kukuh, terus berdaya tahan dan berada dalam keadaan yang baik untuk menempuh dunia pasca pandemik ini.



"Generasi ini terdedah kepada lebih banyak idea dan cita-cita berbanding generasi sebelumnya, dan impian dan aspirasi mereka akan membawa Singapura maju ke hadapan," tulisnya.



Beliau turut menggesa generasi 'boomer' untuk memberi bimbingan kepada golongan belia dan melengkapkan mereka dengan keupayaan untuk mengejar impian dan membantu Singapura bersiap sedia menghadapi sebarang cabaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >