Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia pancing di Merlion Park dikenalpasti, akan dinasihat

Sep 08, 2018 | 01:56 PM



Dua belia yang dirakam memancing di Merlion Park telah dikenal pasti, menurut Lembaga Perbekalan Awam (PUB) pada Jumaat malam (7 Sept) dalam catatan Facebook yang dikemas kini.



Agensi air negara itu mengucapkan terima kasih orang ramai yang membantu dalam siasatan mereka dan berkata ia telah "mengenal pasti kedua-dua belia yang memancing secara haram di Merlion Park."



Ia menambah: "Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberi  pandangan mengenainya. Harap yakin bahawa kami akan bekerjasama dengan sekolah untuk memberi nasihat dan mendidik pelajar itu tentang peraturan memancing dan lokasi memancing yang ditetapkan."



Sebelum ini PUB mengeluarkan kenyataan pada hari yang sama merayu maklumat mengenai dua individu yang memancing secara haram di Merlion Park dalam video yang disiarkan oleh laman Facebook SBS - Sure Boh Singapura.



Kiriman pos PUB menarik kritikan beberapa netizen yang menyatakan remaja itu hanya memancing dan tidak harus dikenakan hukuman.



Beberapa netizen juga berkata perbuatan itu mengingatkan mereka tentang kehidupan di kampung.



PUB menyatakan bahawa memancing di Merlion Park tidak dibenarkan dan mengingatkan orang ramai supaya memancing di lokasi yang ditetapkan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >