Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia radikal sendiri dibebas, dikena Arahan Sekatan

ISD
May 04, 2023 | 05:30 AM



SEORANG belia Singapura yang menjadi radikal sendiri dan kemudian ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Mac 2021, telah dibebaskan dengan Arahan Sekatan (RO) pada Mac 2023.



Amirull Ali, 20 tahun, yang pernah terpengaruh dengan konflik Israel-Palestin dan telah membuat rancangan serta persiapan melakukan serangan menggunakan pisau terhadap masyarakat Yahudi di Saumaah Maghain Aboth di Waterloo Street, dikatakan telah membuat kemajuan baik dalam pemulihannya.



Ini hasil sokongan menyeluruh Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), selain keluarganya, yang mengunjunginya setiap minggu semasa penahanannya dan kerap menjadi sumber sokongan buatnya.



Amirull kini merancang untuk melanjutkan pengajian di institusi posmenengah.



"Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) terus bekerjasama dengan RRG dan Kumpulan Penjagaan Lanjut Antara Agensi (ACG) bagi memudahkan usaha menyepadukannya ke dalam masyarakat," kata ISD dalam satu kenyataan pada Rabu.



Amirull yang ditahan pada Mac 2021 pernah merancang untuk ke Gaza di wilayah Palestin bagi menyertai sayap ketenteraan kumpulan Hamas, Briged Izz ad-Din al-Qassam (AQB), dalam menentang Israel.



Dalam kenyataan itu, ISD berkata ia telah bekerja rapat dengan RRG untuk memberi kaunseling kepada Amirull.



Bahkan seorang kaunselor RRG bertemunya setiap bulan. Kaunselor tersebut membantu Amirull mempertingkatkan pengetahuan agamanya dan mendakap pemahaman prinsip Islam yang pro-sosial.



Hasilnya, Amirull melepaskan kepercayaan radikalnya berkaitan jihad bersenjata dan dalam menggunakan keganasan.



Dia kini melihat jihad sebagai menyayangi ibu bapanya, memperbaiki diri sendiri serta menyumbang kepada masyarakat.



Dia juga memahami akan pentingnya hidup secara berharmoni dengan masyarakat berlainan kaum dan agama di Singapura, dan mengesahkan sebarang maklumat agama yang beliau tidak pasti dengan guru serta ulama agama yang diiktiraf di sini.



"Selain kaunseling agama, Amirull telah didampingi secara kerap oleh para pegawai kes ISD dan seorang pakar psikologi.



"Menerusi interaksi, dia faham bahawa sedang seseorang itu boleh bersimpati dengan nasib mereka yang terperangkap dalam konflik seperti antara Israel dengan Palestin, kita langsung tidak boleh bertindak atau menganjurkan sikap ganas demi mencapai huraian.



"Sesi kaunseling psikologi juga membantu Amirull mengukuhkan kemahiran pemikiran kritikal dan kawalan emosinya, yang akan dapat mengurangkan kerentanannya kepada pengaruh radikal.



"Ketidakupayaannya untuk menilai maklumat secara kritikal semasa didedahkan kepada konflik Israel dengan Palestin dan kebiasaannya memberi reaksi melampau kepada nasib Muslim yang tertindas, telah menyumbang kepada radikalisasinya di peringkat awal," kata kenyataan itu lagi.



ISD menambah Amirull juga telah diberi akses kepada bahan-bahan pendidikan dan pembaikan diri seperti video dan artikel semasa dalam tahanan.



Amirull juga akan menyelesaikan kertas kerja yang menyusul dan membincangkan pembelajarannya dengan pakar psikologinya.



Menerusi usaha-usaha tersebut, Amirull menghasilkan identiti positif yang lebih jelas dan meraih kemahiran praktikal seperti menetapkan sasaran.



Tambahan lagi, sukarelawan RRG menawarkan Amirull dengan pembelajaran Inggeris mingguan bagi menyelaras rancangannya untuk melanjutkan pengajian.



"Amirull memberi respons yang baik semasa pemulihannya dengan sokongan meluas RRG serta keluarganya yang melawatnya secara mingguan semasa penahanannya serta menjadi sumber sokongan yang kerap.



"Berdasarkan kemajuan baik yang dicapainya semasa pemulihan, Amirull telah dibebaskan dengan RO pada Mac 2023.



"Dia kini merancang untuk melanjutkan pengajian di sebuah institusi posmenengah. ISD akan terus bekerjasama dengan RRG dan ACG untuk memudahkan penyepaduannya semula ke pangkuan masyarakat," jelasnya.




"Amirull memberi respons yang baik semasa pemulihannya dengan sokongan meluas RRG serta keluarganya yang melawatnya secara mingguan semasa penahanannya serta menjadi sumber sokongan yang kerap.



Berdasarkan kemajuan baik yang dicapainya semasa pemulihan, Amirull telah dibebaskan dengan RO pada Mac 2023."



- Kenyataan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >