Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beralih dari sains politik ke bidang teknologi kerana minat

Aug 20, 2023 | 09:14 PM



Minat dalam teknologi dan reka bentuk telah lama berputik dalam diri Cik Atiqah Abdul Khalim.

Padahal beliau lulusan sains politik daripada Universiti Nasional Singapura (NUS).

Kini wanita berusia 29 tahun itu menjadi pereka kanan pengalaman pengguna, atau UX, di sebuah syarikat teknologi kewangan, Rakuten Viki.

Kisah Cik Atiqah disebut Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapan bahasa Melayu beliau di Rapat Hari Kebangsaan 2023 pada Ahad.

Dalam ucapannya, Encik Lee berkata ramai karyawan Melayu berpindah ke sektor digital.

Cik Atiqah mula sedar bahawa beliau meminati bidang teknologi semasa pengajian tahun akhirnya di NUS.

Minat itu membara apabila beliau menjalani latihan amali di Popsical, sebuah syarikat berpangkalan di Singapura pada 2016.

Beliau ketika itu merupakan seorang intern dalam rekaan grafik dan mendapat inspirasi daripada mentornya yang ketika itu seorang pereka kanan bidang teknologi UX.

Selepas beliau tamat pengajian, Popsical memberinya peluang menjalani kursus dalam bidang UX yang kemudian menawarkannya pekerjaan sebagai pereka.

Dalam perbualan dengan Berita Harian, Cik Atiqah berkongsi bahawa beliau berminat dalam teknologi dan reka bentuk sejak muda.


Beliau juga menghasilkan pengekodan bagi laman Internet.

“Peralihan daripada sains politik ke teknologi jelas berbeza, tetapi saya masih dapat menggunakan kemahiran yang dipelajari seperti kaedah penyelidikan untuk membantu saya dengan kerja saya sekarang,” kata Cik Atiqah.

PM Lee juga berkongsi bahawa Atiqah dan pasukannya memenangi tempat pertama dalam pertandingan Cabaran Teknologi Hackathon Masjid-Masjid pada 2018, di mana pasukan itu menyediakan huraian digital bagi mereka yang ingin mengitar semula.

Menurut Cik Atiqah, beliau mengetahui tentang cabaran itu melalui rakan-rakan Muslimnya yang menceburi bidang teknologi.

Cik Atiqah juga berkata bahawa motivasi beliau ialah ibu bapanya, yang menyokong beliau melalui peralihan itu walaupun bidang teknologi bukan industri yang menjadi permintaan ramai sebelum ini.

“Saya percaya pembelajaran pengekodan penting kerana ia kemahiran yang akan mendapat sambutan pada masa akan datang.

“Saya menggalak masyarakat Melayu/Islam menimbangkan kerjaya teknologi kerana terdapat banyak sumber yang tersedia.

“Ini termasuk mereka yang sedia membantu dan berkongsi ilmu, selain banyak subsidi disediakan pemerintah,” ujarnya.

Cik Atiqah berharap dapat menghasilkan pembelajaran berkaitan rekaan dalam teknologi dan mencurahkan pengetahuannya kepada mereka yang berminat pada masa akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >