Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat Melayu/Islam sumbang secara aktif dalam usaha Melakar Hala Tuju S’pura

Aug 20, 2023 | 07:33 PM



Badan-badan dan masyarakat Melayu/Islam telah sama-sama menyertai serta menyumbang secara aktif dalam usaha pendekatan ‘Melakar Hala Tuju Singapura’ atau Forward SG, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Dalam ucapan bahasa Melayu beliau semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) pada Ahad, Encik Lee turut menekankan perlunya memperkukuh semangat dalam kalangan rakyat Singapura bagi membina masyarakat lebih inklusif. 

Beliau menjelaskan bahawa negara ini bakal menghadapi pelbagai cabaran rumit di masa hadapan dan pemerintah juga ingin melaksanakan pelbagai rancangan baru.

Sejak Singapura bangkit sepenuhnya daripada pandemik Covid-19, Encik Lee berkata negara ini telah berdepan dengan pelbagai cabaran baru yang semakin rumit, yang memerlukan rakyatnya kekal bersatu padu.

Justeru, inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura penting untuk memperbaharui “kompak sosial di sini, menentukan Singapura yang kita idam-idamkan, dan cara terbaik untuk mencapainya”, menurut Encik Lee lagi.

Inisiatif yang diperkenalkan pada Jun 2022 dan diterajui Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dengan pasukan pemimpin generasi keempat (4G) merupakan usaha kerjasama yang melibatkan warga Singapura dalam pembentukan masa depan Singapura.

Lebih 14,000 rakyat Singapura daripada setiap lapisan masyarakat telah mengambil bahagian dalam sekitar 140 sesi perbincangan dan perkongsian mengenai pelbagai topik. 

Di luar sesi itu, terdapat juga mereka yang telah berkongsi pandangan dan idea menerusi tinjauan serta maklum balas. 

Semasa berucap di Parlimen pada April lalu, Encik Wong menggariskan lima perubahan utama berdasarkan hasil perbincangan selama beberapa bulan menerusi inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura.

Beliau berkata peringkat seterusnya dalam membina negara memerlukan pendekatan baru mengenai kemahiran, definisi baru kejayaan, pendekatan baru bagi sokongan sosial, pendekatan baru bagi menjaga warga emas serta penekanan baru terhadap tanggungjawab kolektif.

Encik Wong dan pemimpin 4G bakal merumuskan latihan ini tidak lama lagi dan akan membentang rancangan pemerintah bagi menyegarkan dan memperkukuhkan kompak sosial di negara ini.

Semasa rapat umum pada Ahad, Encik Lee berkata dalam melangkah ke arah masa depan yang lebih cerah sebagai satu rakyat, beliau menggesa agar generasi hari ini membangunkan semangat Singapura yang baru bagi mengharungi sebarang cabaran rumit yang bakal dihadapi – seperti mana yang pernah ditunjukkan oleh kumpulan pengasas negara ini.

Sehubungan itu, beliau juga menggesa rakyat Singapura untuk mengunjungi pameran ‘Membangunkan Semangat yang Baru’ di Muzium Negara yang merakamkan dengan baik semangat yang wujud pada zaman itu. 

Pada 58 tahun lalu, kata Encik Lee, pengasas negara ini telah menyatupadukan rakyat dan melancarkan usaha Singapura membina watan Singapura. 

“Sebagaimana dalam lagu kebangsaan kita, mereka didorong oleh semangat yang baru: seruan untuk bersatu padu, keazaman mengatasi cabaran, serta sedia bekerjasama demi membina sebuah negara baru dan masa hadapan yang cerah.

“Semangat inilah yang terus membara dalam diri kita, menghasilkan kejayaan yang kita kecapi hari ini iaitu sebuah hab berbilang bangsa dan budaya serta negara maju yang aman lagi bertenaga.

“Memandang ke hadapan, generasi hari ini memerlukan semangat yang sama, yang lebih bertenaga untuk membawa Singapura maju lebih jauh lagi.

“Kita bakal berdepan dengan pelbagai cabaran rumit dan kita mahu melaksanakan beraneka rancangan baru. Tetapi dengan keyakinan dan nilai-nilai asas yang dipegang datuk nenek kita, saya yakin kita boleh menjadikan aspirasi kita, satu kenyataan,” katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >