Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Berbekal pengalaman silam, tutor azam jadikan setiap kelasnya berbeza, seronok

Nov 26, 2023 | 08:36 PM



Pisang tidak berbuah dua kali.

Ungkapan yang bermakna sesuatu perkara tidak baik akan sentiasa diingati agar tidak berulang lagi menjadi pegangan Cik Anggreini Hamid tatkala terkenang detik beliau menjadi pelajar Skim Tuisyen Mendaki (MTS) dari 1997 hingga 1998 di Sekolah Menengah Jurong.

Ibu dua orang anak itu menjelaskan pada waktu itu, ada kalanya beliau akan ponteng sesi MTS kerana menggangap ia membosankan.

“Saya dan beberapa rakan akan duduk di McDonald’s kerana saya anggap sesi sedemikian bosan,” katanya.

Apabila beliau menjadi tutor di bawah MTS, beliau tidak mahu pelajarnya merasakan sedemikian.

Berbekalkan motivasi itu, beliau membulatkan tekad untuk menjadikan setiap sesi pembelajarannya berbeza dan menyeronokkan.

Cik Anggreini merupakan salah seorang daripada 34 penerima Anugerah Tutor Cemerlang dalam majlis Anugerah Tutor Mendaki pada Ahad.

Ini merupakan kali keempat pendidik sepenuh masa berusia 41 tahun itu merangkul anugerah tersebut – beliau menerima anugerah sama pada 2015, 2016 dan 2018.

Beliau sudah berkecimpung hampir 20 tahun sebagai tutor MTS dan mengajar subjek Matematik dan Bahasa Inggeris kepada murid darjah enam di pusat Sekolah Rendah Lakeside.

Menurutnya, sesi pembelajaran haruslah menjadi sesuatu yang pelajar nanti-nantikan.

“Ia bukanlah sesuatu yang anda harus lakukan dan hadirkan diri sepanjang hari. Bagi saya, itu bukanlah (matlamat) betul.

“Ia adalah mengenai pelajar yang hadir kerana ada sebab, rasa bermotivasi dan hadir untuk belajar bersama... serta rasa seronok semasa belajar,” ujarnya.

Cik Anggreini memberi contoh aktiviti tertentu yang beliau lakukan bagi tingkatkan penglibatan pelajar seperti sesi perkongsian sempena Hari Ibu.

“Para pelajar akan membawa pelekat, gunting (dan sebagainya) supaya saya dapat lihat objek-objek itu. Ia juga menjadi pemangkin motivasi bagi saya juga untuk teruskan usaha saya,” kata beliau.

Itulah sebabnya ia begitu penting untuk menjangkau dan melibatkan pelajar dengan pendekatan berunsur emosi, tambah beliau.

Ini setelah beliau mendapati pelajarnya menyerap pelajaran dengan lebih baik sekiranya unsur emosi itu dapat diterapkan.

“Saya akan terus memberikan yang terbaik bagi pelajar dengan harapan setiap pelajar manfaatkan peluang ini untuk menyerlah,” tambah Cik Anggreini dengan nada penuh optimis. – MUHAIMIN SUZAINI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >