Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Berfikiran terbuka, rebut peluang Program Pelatih

Nov 12, 2020 | 05:00 AM



PARA lulusan yang baru sahaja tamat pengajian di institut pengajian tinggi digalakkan untuk merebut segala peluang yang datang termasuk Program Pelatih SGUnited, kata anggota parlimen GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakaria.



Berkata demikian dalam satu podcast kelolaan Berita Harian #NoTapis, Dr Wan menggesa para lulusan yang mengikuti jurusan yang kini terjejas teruk dek pandemik Covid-19, agar memastikan mereka meraih kemahiran dan pengalaman baru sedang mereka nantikan pekerjaan yang mereka dambakan.



“Mereka yang belajar dalam bidang penerbangan atau hospitaliti, mungkin mereka boleh merebut apa jua pekerjaan yang mereka boleh dapat dahulu untuk menimba pengalaman dan kemahiran baru.



“Pentingnya, mereka perlu mempunyai asas yang kukuh dan ini boleh digunakan di masa hadapan,” kata Dr Wan.

Podcast tersebut yang ditaja Workforce Singapore mengupas antara lain, langkah yang boleh diambil para lulusan dalam mengemudi dunia pekerjaan hari ini.



Selain Dr Wan, seorang lagi tetamu yang mengongsi pengalaman beliau cuba mendapatkan pekerjaan ialah Cik Nur Aqilah Eddy, seorang lulusan diploma dalam desain bagi pengalaman pengguna dari Politeknik Republic.





Beliau yang hanya tamat pengajian secara rasmi pada Mei tahun ini, telah mula menghantar resume seawal bulan Mac lagi.



Malah, lebih 30 resume telah beliau hantar tapi tiada yang membalas.



Secara keseluruhan, beliau mengambil masa selama lima bulan sebelum akhirnya mendapat pekerjaan.



“Ketika itu saya rasa pening dan agak terterka kerana tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. Nak sambung belajar, kerja sambilan atau bekerja sepenuh masa,” ujarnya.



Mujur beliau ternampak iklan mengenai Program Pelatih SGUnited dan tanpa segan silu, beliau mula membuat permohonan.



Beliau kemudian ditawarkan pekerjaan di syarikat Firstcom Solution di mana selaku seorang pelatih, beliau bertanggungjawab untuk memastikan rekaan laman web serta elemen laman web yang ditonjolkan mewujudkan pengalaman pengguna yang baik dan lancar.



“Pada awalnya memang agak mencabar tetapi saya mempunyai penyelia yang membantu saya.



“Tugasan yang diberi juga bukan sekadar tugasan biasa-biasa tetapi sama dengan apa yang dilakukan pekerja sepenuh masa.



“Saya juga dapat pelajari kemahiran baru dalam bidang yang saya gemari ini,” katanya lagi.



Jurulatih Kerjaya Kanan dari Workforce Singapore, Cik Rozita Yazid berkata program pelatih SGUnited itu akan dapat membantu melengkapi mereka yang mengikutinya dengan ilmu dan kemahiran baru, yang akan dapat membantu mereka dalam pekerjaan di masa hadapan.



“Program ini juga memberikan elaun latihan antara $1,100 dengan $2,500 bergantung pada kelayakan setiap individu.

“Ia sesuai bagi lulusan yang baru sahaja tamat pengajian tahun lalu dan tahun ini dari Institut Pengajian Tinggi (ITE), politeknik, universiti dan institusi swasta.



“Mereka yang baru tamat Perkhidmatan Awam tahun ini dan tahun lalu juga boleh memohon bagi program ini,” kata beliau lagi.



Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman Cik Nur Aqilah mengikuti program ini serta bantuan lain yang disediakan pemerintah bagi membantu para lulusan, anda boleh mendengar terus podcast #NoTapis di Spotify yang dihoskan koresponden Shahida Sarhid dan Norman Sawi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >