Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bergambar dengan Hello Kitty di VivoCity, berkelah di Gardens by the Bay!

Sep 05, 2023 | 05:30 AM



Kunjungi pertunjukan lampu bertema Sanrio di VivoCity

Ambil swafoto bersama keluarga anda untuk Instagram di acara ‘Garden of Lights’ di Sky Park pusat beli-belah VivoCity.

Acara bertemakan Sanrio itu, yang percuma untuk pengunjung, dilancarkan pada 31 Ogos dan akan berlangsung sehingga 1 Oktober.

Terdapat empat tempat di mana pengunjung boleh bergambar, termasuk Jambatan Persahabatan Watak Sanrio sepanjang 50 meter yang dibentuk oleh 18 gerbang menampilkan bintang popular di bawah jenama gaya hidup sejagat itu, seperti My Melody, Kuromi and Pompompurin.


Patung Hello Kitty setinggi tiujuh meter, yang berdiri dalam pagar sesat bunga dengan lagu-lagu Jepun, merupakan satu lagi tarikan.


Acara itu dibuka setiap hari dari 10 pagi dan tempat bergambar bermandikan cahaya dari 6.30 petang hingga 10 malam.

Meskipun acara itu diadakan sempena Pesta ‘Mid-Autumn’, yang berlangsung pada 29 September, pengunjung tidak akan menemui sebarang tanglung di acara ini.

Jangan lupa sertakan tanda pagar #VivoGardenOfLights dan #SanrioSingapore apabila memuat naik gambar anda di Instagram, dengan kapsyen tentang mengapa Pesta ‘Mid-Autumn’ bermakna untuk anda.


Ikuti laman Instagram @vivocitysingapore dan @sanriosingapore untuk peluang memenangi enam hadiah baucar beli-belah $50 setiap minggu.

Dapatkan maklumat lanjut di laman web https://www.vivocity.com.sg/happenings/garden-of-lights2023.

Bermain di Karnival Fiesta Keluarga

Jika anak-anak anda suka dengan taman permainan seperti istana ambul, atau bouncy castle, bawa mereka ke Family Fiesta Carnival, atau Karnival Fiesta Keluarga, pada Sabtu ini!


Segala-galanya di karnival ini – yang berlangsung dari 10 pagi hingga 3.30 petang di Town Square Our Tampines Hub – adalah percuma, termasuk tiket masuk hingga ke permainan dan snek seperti aiskrim dan bertih jagung.

Untuk memasuki karnival itu, orang ramai perlu memuat turun aplikasi Cara SG Dementia Singapore dan mendaftar bagi keanggotaan percuma.


Agensi sosial itu memenuhi keperluan individu yang mengalami demensia serta keluarga mereka.

Personaliti radio veteran, Brian Richmond dan Patrick Kwek, akan muncul di acara tersebut.

Dapatkan maklumat lanjut di laman web https://www.dementiahub.sg/event-campaigns/family-fiesta-carnival.

Sertai sesi berkelah

Siri berkelah bulanan percuma di kawasan West Lawn Gardens by the Bay kembali pada Sabtu ini dari 4 petang hingga 7 malam dengan tema nyanyi bersama.

Sertai pasangan muzikal ShiLi & Adi, yang akan menyanyikan lagu-lagu ikonik daripada filem animasi yang disukai ramai, termasuk The Little Mermaid (1989), Beauty And The Beast (1991) dan Frozen (2013).


Orang ramai boleh mendapatkan snek dan belon percuma, dengan 200 keluarga pertama yang menyertai acara itu juga akan menerima tikar berkelah percuma.

Tiada pendaftaran diperlukan bagi acara yang dianjurkan Majlis Keluarga untuk Seumur Hidup itu.

Dapatkan maklumat lanjut di laman web https://ffl.familiesforlife.sg/pages/event/gardens-by-the-bay.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >