Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beri maklumat banduan kepada banduan lain, bekas pegawai penjara dijel

Aug 24, 2022 | 06:30 PM



SEORANG pegawai penjara telah menyalahi undang-undang dengan memberikan maklumat mengenai banduan lain kepada seorang banduan, dengan harapan banduan tersebut tidak akan menimbulkan masalah baginya di tempat kerja.





Muhammad Fattahullah Mohd Nordin, 38 tahun, yang bukan lagi pegawai penjara, dihukum penjara 10 minggu semalam setelah mengaku bersalah kepada dua tuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer.





Dia telah mengongsi maklumat itu dengan Abdul Karim Mohamed Kuppai Khan, 36 tahun, yang juga dikenali sebagai ‘Dio’.





Seorang lagi bekas pegawai penjara, Muhammad Zul Helmy Abdul Latip, 33 tahun, juga dituduh melakukan kesalahan serupa. Kes melibatkan Abdul Karim dan Zul Helmy masih belum selesai.





Fattahullah, yang sebelum ini merupakan seorang sarjan, menyertai Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) pada Ogos 2008.





Pada 2017 atau 2018, dia dipindahkan ke Penjara Tanah Merah, di mana dia mengenali Abdul Karim yang didakwa merupakan ketua kongsi gelap.

“Si tertuduh juga tahu... bahawa Dio dikenali sebagai seorang banduan yang menimbulkan gangguan,” kata Timbalan Pendakwa Raya Kelvin Chong seperti dilaporkan akhbar The Straits Times.





Abdul Karim akan meminta Fattahullah memberikan maklumat mengenai banduan lain, seperti lokasi mereka di penjara.





Data tersebut boleh dijumpai dalam sistem komputer SPS, yang dikenali sebagai Sistem Pemulihan Operasi Penjara II (Ports II), yang boleh diakses Fattahullah.





Semua kakitangan SPS telah menerima latihan mengenai peraturan tetap penjara yang relevan mengenai penggunaan rangkaian dan alat pengkomputeran agensi tersebut, termasuk Ports II.





DPP Chong berkata peraturan tetap secara terang menyatakan bahawa pendedahan, pengubahan, atau menghilangkan bahan sulit tanpa kebenaran ataupun yang boleh menimbulkan bahaya merupakan satu kesalahan.





Namun, Fattahullah berulang kali berkongsi maklumat tentang banduan lain dengan Abdul Karim.





Dalam beberapa kejadian pada 2020, Fattahullah telah mengakses Ports II untuk mendapatkan maklumat tanpa kebenaran dan mengongsinya dengan Abdul Karim.





Mahkamah mendengar bahawa Abdul Karim pernah meminta Fattahullah untuk alamat rumah seorang banduan. Fattahullah menolak permintaan itu setelah menyedari banduan itu adalah musuh Abdul Karim.





Dokumen mahkamah tidak menyatakan bagaimana kesalahan Fattahullah terbongkar tetapi SPS kemudiannya merujuk kes tersebut kepada Biro Siasatan Amalan Rasuah.





Ikat jamin Fattahullah ditetapkan pada $5,000 semalam dan dia diberitahu untuk menyerah diri di Mahkamah Negara pada 5 September untuk mula menjalani hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >