Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kakitangan awam diiktiraf kerana cemerlang dalam tugas

67 penerima dari 12 kategori terima Anugerah Transformasi Sektor Awam (PST)
Jul 30, 2022 | 05:30 AM



PARA pegawai yang menyertai Perkhidmatan Awam boleh menjangkakan diri mereka memberi nilai kepada rakyat dan perniagaan, menjaga masyarakat dan sekitaran serta meraih pembelajaran dan penerokaan sepanjang hayat, kata Menteri Pendidikan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing.



Berkata demikian di majlis penyampaian Anugerah Transformasi Sektor Awam (PST) semalam, Encik Chan berkata menerusi interaksinya dengan para pegawai awam, beliau mengesan bahawa apa yang mendorong kakitangan awam ini untuk bekerja adalah perbezaan yang dicapai - kepada negara dan menyentuh kehidupan rakyat menerusi khidmat mereka, pelajar yang diajar, atau para pegawai lain yang meraih manfaat daripada apa yang mereka lakukan setiap hari.



"Namun, untuk menghasilkan nilai itu tidak mudah.



"Ia memerlukan kita semua untuk menempatkan rakyat dan perniagaan sebagai keutamaan dalam kerja kita, memahami pemegang taruhan dan bagaimana kita boleh berkolaborasi dengan mereka untuk memanfaatkan sumber yang ada, dan bertindak tangkas dan berinovatif agar kita boleh memberikan khidmat yang mudah diakses, responsif dan telus.



"Ini yang dijangkakan rakyat terhadap Perkhidmatan Awam hari ini," ujarnya di majlis yang berlangsung di Pusat NTUC itu.



Beliau memberi contoh platform One Client View atau OneCv di mana para pegawai barisan hadapan boleh mendapatkan maklumat rakyat yang dibantu dengan pantas.



Dengan hanya menekan beberapa butang, para pegawai boleh melihat maklumat rakyat yang dibantu secara menyeluruh, dan mengakses dengan pantas jenis bantuan yang boleh diberi kepada seseorang dan sekiranya beliau perlukan sokongan lanjutan daripada agensi lain.



Hasilnya, projek OneCV itu yang dipimpin Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan melibatkan 16 agensi lain, memenangi Anugerah Perkhidmatan Awam One - salah satu kategori di bawah Anugerah PST.



Anugerah PST merupakan penganugerahan tahunan yang mengiktiraf agensi awam serta para pegawai di atas kecemerlangan mereka dalam tugasan serta amalan organisasi, yang mencerminkan ciri-ciri PST seperti ketangkasan, inovasi, dan kecemerlangan dalam perkhidmatan.



Ia terdiri daripada 14 kategori.



Tahun ini seramai 67 penerima dari 12 kategori telah menerima anugerah tersebut di majlis yang diadakan sebagai sebahagian daripada Minggu Perkhidmatan Awam (PSW) 2022.



Selain itu, Encik Chan berkata Perkhidmatan Awam juga menyokong para pegawainya dalam isu-isu yang mereka amat peka dan menawarkan pegawai itu dengan platform serta sumber yang dapat menyumbang kepada kerjanya.



Tidak kurang juga para pegawai yang berminat terhadap usaha menghijau dan telah memperjuangkan inisiatif bagi menghasilkan ruang-ruang hijau untuk orang ramai, katanya lagi.



Dalam ucapannya itu, Encik Chan juga menekankan bahawa untuk menjadikan Perkhidmatan Awam lebih baik dan cemerlang dalam menyumbang kepada orang ramai, para pegawai juga perlu meraih kemahiran, keupayaan dan pengalaman baru.



"Selain maju dalam kerjaya dengan mengambil jawatan yang lebih tinggi, kami juga menawarkan lebih banyak peluang bagi para pegawai mencuba peranan yang berbeza - mengupayakan para pegawai kami untuk terus belajar dan meneroka menerusi kerjaya di Perkhidmatan Awam," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >