Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENULARAN COVID-19 DI SINGAPURA

Kes baru lepasi 2,000 buat pertama kali

Jumlah kes kini capai 91,775; lima lagi meninggal dunia
Sep 30, 2021 | 05:30 AM



BILANGAN kes Covid-19 baru melepasi angka 2,000 buat pertama kali kelmarin, sekali gus menjadikan jumlah kes di sini sebanyak 91,775.



Lima orang lagi juga meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.



Ini adalah hari kesembilan berturut-turut kematian akibat Covid-19 dilaporkan.



Sehingga kelmarin, seramai 30 orang telah meninggal dunia akibat Covid-19 bulan ini, berbanding 18 kematian pada Ogos.



Kementerian Kesihatan (MOH) berkata terdapat 2,236 kes Covid-19 baru yang dilaporkan di Singapura.



Jumlah ini 589 lebih banyak berbanding Isnin lalu.



Terdapat 1,711 kes dalam masyarakat, dan 515 di kalangan penghuni asrama.



Baki 10 adalah kes import. Mereka diberikan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setiba mereka di Singapura.



Enam kes daripada kes import itu dikesan setiba mereka di sini manakala empat didapati dijangkiti sewaktu menjalani SHN atau ketika diasingkan.



Dalam kalangan kes setempat itu kelmarin, 483 merupakan warga emas berusia lebih 60 tahun.



Memberi perincian tentang kematian kelmarin, MOH, dalam kenyataannya berkata empat daripada mereka adalah lelaki warga Singapura berusia antara 69 dengan 79 tahun, dan seorang lagi adalah wanita warga Singapura berusia 77 tahun.



Dua daripada lima orang yang terkorban itu belum divaksin.



Satu daripada mereka telah menerima satu dos vaksin dan dua telah menerima kedua-dua dos vaksin.



Kesemua mereka mempunyai pelbagai kondisi perubatan yang membuat mereka lebih rentan, kata MOH, tanpa memberi perincian lanjut mengenai keadaan itu dalam kenyataannya.



Sejauh ini, 85 orang di sini telah meninggal dunia akibat virus tersebut.



Sementara itu, MOH melaporkan sebanyak 1,325 kes Covid-19 yang sedang dirawat di hospital dengan ramai di antara mereka berada dalam keadaan baik dan berada di bawah pemantauan.



Daripada jumlah tersebut, seramai 209 daripada mereka memerlukan sokongan oksigen dan 30 pesakit pula berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU).



Dalam kalangan mereka yang tenat adalah 201 warga emas berusia atas 60 tahun.



Terdapat satu kelompok baru yang telah dikenal pasti di Singapura kelmarin, iaitu Pusat Penjagaan Harian Warga Emas Man Fatt Lam yang terletak di Bedok.



Dua kes ditambah pada kelompok itu, menjadikan kes keseluruhannya sebanyak 11 sejauh ini.



Menurut MOH, penularan dilaporkan berlaku di kalangan seorang pekerja dan baki 10 kes merupakan klien pusat tersebut.



Pusat penjagaan itu telah ditutup sejak Sabtu lalu, tambah MOH.



Enam lagi kes baru telah ditambah pada kelompok Pusat Borong Pasir Panjang (PPWC) kelmarin.



Jumlah kes yang dikesan daripada kelompok tersebut kini mencecah 106 kes, dan MOH berkata kesemua pesakit baru telahpun dikenakan kuarantin.



Kelompok dormitori Blue Stars di Jurong West juga melaporkan 20 kes batu, menjadikan jumlah keseluruhan di situ sebanyak 401 kes, manakala 40 kes lagi ditambah di kelompok dormitori Woodlands yang kini mempunyai 216 kes.



Sementara itu, kelompok Avery Lodge di Jurong juga menyaksikan penambahan kes, dengan 15 kes lagi dikenal pasti, menjadikan kes keseluruhannya sebanyak 256.



Penularan dilaporkan berlaku di dalam dormitori, tanpa bukti bahawa ia telah merebak di luar.



Kesemua kes baru itu telahpun dikenakan perintah kuarantin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >