Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Klinik gigi baru bantu golongan memerlukan

Disediakan di Enabling Village di Lengkok Bahru, ia dibiaya penuh oleh Hospital Mount Alvernia
Aug 21, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH klinik pergigian baru di Enabling Village di Lengkok Bahru akan mengisi jurang kemampuan bagi masyarakat kurang upaya, berkeperluan khas dan kurang bernasib baik.



Mencabut gigi, melakukan pengisian gigi (untuk merawat gigi rosak), menggilap gigi dan pembersihan gigi rutin di Klinik Pergigian Mount Alvernia Outreach akan diberi subsidi dengan bayaran $30 dan ke bawah.



Janji temu di klinik - yang dibiayai penuh oleh Hospital Mount Alvernia - boleh dilakukan oleh pemegang sebarang kad keahlian kurang upaya seperti jenis konsesi.



Mereka yang tergolong dalam masyarakat mudah terjejas seperti bekas pesalah dan warga emas yang terasing, juga boleh mendapat khidmat tersebut sebaik sahaja mereka dirujuk oleh agensi perkhidmatan sosial.



Kemudahan baru itu merupakan tambahan kepada klinik perubatan Mount Alvernia yang dibuka di Enabling Village pada 2015.



Ia menempatkan beberapa perniagaan sosial dan penyedia khidmat masyarakat.



Salah satu ciri di klinik pergigian itu adalah alat mencondongkan kerusi roda untuk memastikan pengguna boleh terus duduk di kerusi roda mereka sambil mendapatkan rawatan.



Ruang besar di klinik itu dan kaunter pendaftaran yang ketinggiannya rendah untuk membolehkan pengguna kerusi roda berinteraksi dengan kakitangan tanpa perlu mendongak juga membuatkan suasananya lebih mesra.



Pasukan pergigian itu akan juga terdiri daripada kakitangan dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).



Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Eric Chua, menghadiri majlis pembukaan klinik tersebut kelmarin.



Encik Chua berkata beliau berbesar hati melihat kerjasama kukuh antara klinik baru tersebut dengan banyak rakan masyarakat.



"Pendekatan holistik inilah yang diperlukan untuk memastikan setiap aspek kehidupan benar-benar inklusif," tambahnya, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Cik Tonia Chan, 51 tahun, memberitahu ST beliau menghadapi kesukaran mendapatkan penjagaan pergigian dari klinik kejiranan privet buat anak perempuannya yang berusia 21 tahun disebabkan keperluan khasnya.



Mempunyai pilihan yang dimampui dengan kakitangan berpengalaman di klinik Mount Alvernia telah mengurangkan kerisauannya.



"Terdapat perbezaan besar mempunyai kakitangan pergigian yang sabar dan memahami bukan hanya meredakan kebimbangan anak perempuan saya, tetapi juga saya sebagai penjaga," katanya.



Dr James Lam Kian Ming, ketua eksekutif Hospital Mount Alvernia, berkata di acara itu:



"Covid-19 tidak memudarkan semangat kami untuk berkhidmat kepada masyarakat dan harapan kami untuk meluaskan kerja mendekati masyarakat.



"Walaupun beberapa kegiatan pendekatan kami perlu dihentikan, kami sebaliknya telah mengalihkan fokus kami terhadap program baru bagi keluarga mudah terjejas dan golongan kurang upaya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >