Subuh
5:29
Syuruk
6:51
Zuhur
12:54
Asar
4:17
Maghrib
6:55
Isyak
8:08

Trend pasangan transnasional kian ketara

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Trend pasangan transnasional kian ketara

MSF anjur beberapa program untuk menyokong keluarga transnasional di Singapura
Apr 22, 2021 | 05:30 AM

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) telah mengeluarkan hasil kajian tempatan yang pertama mengenai perkahwinan rakyat Singapura dengan warga asing selama 20 tahun. BERITA HARIAN meninjau data tersebut serta bertemu beberapa pasangan yang mendapat manfaat daripada program-program yang ditawarkan khas bagi mereka. Ikuti laporan berikut. 

BAGI setiap empat pasangan yang berkahwin di sini, sekitar satu pasangan atau 25 peratus melibatkan perkahwinan antara rakyat Singapura dengan warga asing dari 2000 hingga 2019.

Majoriti pasangan asing itu datang dari Asia dan lebih separuh pasangan asing berkahwin pada usia 25-34 tahun, menurut satu kajian statistik dikeluarkan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Ia berdasarkan perangkaan dari 2000 hingga 2019.

MSF menyatakan pasangan transnasional ini mencerminkan perubahan dikaitkan dengan globalisasi.

"Perubahan profil ini mungkin disebabkan oleh peningkatan masyarakat kosmopolitan kita di mana terdapat orang asing yang datang ke sini untuk belajar dan bekerja dan meningkatnya kelaziman pekerjaan dan perjalanan global.

"Ini meningkatkan kemungkinan perkahwinan antara orang Singapura dengan orang asing, dan memandangkan konteks kerja dan kajian, tidak mengejutkan bahawa lebih banyak orang asing berpendidikan lebih baik," kata jurucakap MSF, menjawab pertanyaan Berita Harian (BH).

Tambahnya, kajian ini juga mencerminkan peningkatan dalam sikap terbuka terhadap sosial dan budaya warga Singapura terhadap pasangan warga asing.

Pada 2019 misalnya, 6,153 perkahwinan daripada 22,165 melibatkan warga Singapura dan warga asing.

Menurut MSF, terdapat trend yang meningkat dari 2000 di mana wanita Singapura berkahwin dengan lelaki asing.

Misalnya, ia mencapai 28 peratus pada 2019 berbanding 21 peratus pada 2000.

Lebih separuh daripada pasangan yang berkahwin dari 2000 hingga 2019 mempunyai pasangan lelaki dan wanita asing yang berusia 25-34 tahun ketika berkahwin.

Trend wanita asing yang berusia di bawah 25 tahun juga berkurangan.

Pengantin warga asing yang berkahwin lelaki warga Singapura yang mempunyai kelayakan sekolah menengah dan ke atas semakin meningkat dalam tempoh itu.

Dengan demografik yang berbeza ini, MSF terus menyokong pasangan ini dan telah menganjurkan beberapa program untuk menyokong keluarga transnasional di Singapura.

Antaranya termasuk bekerjasama dengan Care Corner Singapura dan Pusat Khidmat Fei Yue untuk menawarkan program seperti Program Persiapan Rumah Tangga (MPP), Program Sokongan Rumah Tangga (MSP) serta Program Persahabatan.

Purata 2,920 pasangan transnasional setahun antara 2015 dengan tahun lalu, juga bermohon menjalani penilaian praperkahwinan yang meneliti kelayakan warga asing yang layak mendapat pas lawatan jangka panjang selepas berkahwin dengan rakyat Singapura, menurut laporan The Straits Times (ST) baru-baru ini.

Penilaian Pas Lawatan Jangka Panjang Praperkahwinan membolehkan pasangan menukar maklumat penting termasuk anak-anak dari perkahwinan sebelum ini, pendapatan mereka dan rekod jenayah.

Ia diperkenalkan pada Januari 2015 sedang bilangan perkahwinan transnasional semakin meningkat.

Penilaian itu memberikan pasangan peluang untuk membuat 'pemeriksaan realiti' mengenai cabaran berkahwin dengan pasangan warga asing.


MASYARAKAT KOSMOPOLITAN KIAN BERTAMBAH 

"Perubahan profil ini mungkin disebabkan oleh peningkatan masyarakat kosmopolitan kita di mana terdapat orang asing yang datang ke sini untuk belajar dan bekerja, dan meningkatnya kelaziman pekerjaan dan perjalanan global.
"Ini meningkatkan kemungkinan perkahwinan antara orang Singapura dan orang asing, dan memandangkan konteks kerja dan kajian, tidak mengejutkan bahawa lebih banyak orang asing berpendidikan lebih baik.''

- Jurucakap MSF, menjawab pertanyaan Berita Harian (BH).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3