Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penglibatan dalam inovasi, teknologi kunci bagi pembangunan wanita

Mar 15, 2023 | 05:30 AM



KAUM Hawa yang kian terlibat dalam inovasi dan teknologi adalah kunci bagi pembangunan mereka, dan tanpa penglibatan sedemikian, perkembangan ekonomi tidak akan menjadi mampan.



Kemajuan yang dicatat wanita dari sudut pendidikan, pemerkasaan ekonomi dan pekerjaan juga boleh terhakis sekiranya mereka juga tidak sertai dalam perubahan inovasi dan teknologi, menurut amaran Suruhanjaya mengenai Status bagi Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.



Semua perkara itu disebut Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, di Simposium Antarabangsa Wanita dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem) dan Perubatan, yang berlangsung di Rochester Commons pada Isnin.



Beliau berkata kadar sejagat wanita profesional teknologi dalam bidang Stem adalah sekitar 28 peratus.



"Seperti Singapura, banyak negara lain mengesahkan komitmen mereka untuk meningkatkan penglibatan wanita dalam Stem di negara mereka, dan mengalihkan halangan yang mungkin menghalang wanita serta kanak-kanak perempuan daripada menyertai Stem," kata Cik Sun.



Sebagai salah satu hab teknologi teratas di dunia, Singapura berada dalam kedudukan baik untuk menggalak wanita menyertai bidang Stem.



Sekitar 41 peratus profesional teknologi Singapura adalah wanita, tambahnya.



Cik Sun berkata menawarkan peluang sebaik mungkin kepada wanita dari semua sektor, terutamanya dalam bidang yang sedang berkembang pesat seperti teknologi, akan membenarkan perniagaan untuk kekal kompetitif dan ekonomi maju.



Gerakan SG Women in Tech oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), yang disokong rakan-rakan masyarakat, memberi inspirasi dan motivasi kepada kanak-kanak perempuan serta wanita untuk menceburi kerjaya dalam sektor teknologi dengan menawarkan peluang rangkaian dan pementoran, tambah beliau.



Sekolah serta institut pengajian tinggi (IHL) di Singapura juga memainkan peranan penting dalam membentuk bakat muda dalam Stem, dan Biasiswa SG Digital menawarkan sokongan bagi pembelajaran siswazah serta possiswazah.



Sepanjang lima tahun lalu, IMDA telah menganugerahkan biasiswa kepada sebilangan wanita yang berbakat dalam teknologi untuk menyertai secara umumnya kursus dalam keselamatan siber, teknologi maklumat dan Stem, tambah Cik Sun.



Pada 2021, sekitar 31 peratus penerima Biasiswa SG Digital adalah wanita, dan hampir empat daripada 10 pelajar yang berdaftar untuk mendalami pengkhususan Stem di IHL adalah wanita.




"Seperti Singapura, banyak negara lain mengesahkan komitmen mereka untuk meningkatkan penglibatan wanita dalam Stem ( Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) di negara mereka, dan mengalihkan halangan yang mungkin menghalang wanita serta kanak-kanak perempuan daripada menyertai Stem."
- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >