Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 2022

NDP tahun ini lebih gah, dibuka pada awam

Jun 03, 2022 | 05:30 AM



PERBARISAN Hari Kebangsaan (NDP) di Pentas Terapung Marina Bay tahun ini akan diadakan pada skala lebih besar berbanding semasa pandemik dan akan dibuka semula kepada orang awam.



Ini bermakna sehingga 26,000 penonton boleh dijangka hadir memandangkan Pentas Terapung Marina Bay boleh menampung jumlah tersebut.



Dalam pada itu, pelajar darjah 5 juga akan diundang kembali menyaksikan persembahan Pendidikan Kebangsaan (NE), manakala orang ramai berpeluang menyaksikan dua pratonton sebelum perbarisan yang akan berlangsung pada 9 Ogos ini.



Permohonan bagi pengundian tiket akan dikeluarkan nanti.



Ini berbeza dengan tahun lalu, di mana penonton NDP hadir berdasarkan undangan, seperti pemegang jawatan politik dan mereka yang berkhidmat di barisan depan.



Ketika ditemui media semalam, Brigadier-Jeneral Goh Pei Ming, pengerusi jawatankuasa penganjur berkata pelbagai langkah telah ditetapkan untuk memastikan acara dijalankan dengan selamat, antaranya memerlukan semua yang membuat persembahan divaksin.



"Kami sedang memerhatikan keadaan Covid-19 nasional dengan rapat dan kami juga kekal berupaya menyesuaikan diri dan tangkas dalam tindakan kami, dan kami akan membuat langkah serta perubahan yang perlu sejajar dengan garis panduan kebangsaan," ujarnya.



Tema bagi NDP yang meraikan ulang tahun Singapura yang ke-57 ini ialah 'Lebih Kukuh Bersama, Majulah!'.



Menurut Brigadier-Jeneral Goh, perayaan yang berskala lebih besar memberi tanda kepada warga Singapura untuk yakin sedang negara menempuh masa depan bersama setelah mengharungi Covid-19.



Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-55 bagi Perkhidmatan Negara (NS), justeru elemen untuk memberi penghormatan kepada kakitangan yang telah berkhidmat kepada negara akan diselitkan dalam perbarisan.



Pada 9 Ogos, akan terdapat pertunjukan darat, udara dan laut yang memaparkan Pertahanan Mutlak.



Menggulung Perbarisan Hari Kebangsaan adalah pertunjukan bunga api yang bukan sahaja akan dinyalakan di Pentas Terapung Marina Bay, tetapi juga di lima lokasi lain di serata Singapura pada masa yang sama.



Dalam usaha membawa perayaan Hari Kebangsaan lebih dekat kepada kawasan kejiranan, warga Singapura dan keluarga boleh mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan pada hujung minggu sebelum Hari Kebangsaan, iaitu 6 dan 7 Ogos.



Di setiap daripada lima lokasi tersebut, akan terdapat persembahan dan kegiatan, serta pameran dan pertunjukan statik platform oleh Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team.



Pada 7 Ogos, Red Lions akan melakukan aksi terjun di dua kawasan kejiranan.



Pada 9 Ogos, bendera negara akan dikibarkan di angkasa menerusi helikopter Chinook mengelilingi pulau, sementara jet pejuang F-16 akan mengaum di udara untuk santapan mata orang ramai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >