Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Komitmen tambah baik, dengar kata pelanggan jadi pelaris

Jul 05, 2022 | 05:30 AM



Budaya penjaja Singapura telah mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) dua tahun yang lalu. Menjelang Hari Kebangsaan, BERITA HARIAN akan memaparkan penjaja kegemaran warga Singapura dan cerita di sebalik kejayaan mereka untuk meraikan budaya penjaja Singapura. Dalam siri pertama ini, BH menemu bual dua penjaja dari Pusat Makanan Kaki Bukit 511 yang pada mulanya bukan penjaja tetapi mengambil alih gerai untuk mengekalkan warisan dan makanan tradisional.




SEBELUM ini, Encik Mohammad Rizal Samuri dan abangnya hanya menjual penjual daging di Pasar Geylang dengan keluarganya tetapi kini mereka menjual hampir 400 paket nasi lemak sehari!



Percaya atau tidak, mereka memang pada mulanya tidak tahu tentang nasi lemak ini.



Diwawancara oleh Berita Harian (BH) kelmarin di rumahnya ketika Pusat Makanan Kaki Bukit 511 di Bedok North Street 3 sedang menjalani kerja pembersihan, Encik Rizal mengimbas kembali babak gerainya, Aliff Nasi Lemak, dibangunkan.



Ia bermula pada 1996 apabila seorang penjaja wanita mendekati ibunya, Cik Alijah Mohammad, yang kini berusia 74 tahun, untuk mencari pengganti yang boleh mengambil alih gerainya.



"Apabila beliau dekati ibu saya, ibu saya pun nak cubalah sebab famili ibu saya ada pengalaman jual nasi rawon dulu di kampung.



"Ibunya pun cuba tanya kami kalau saya dan abang saya berminat atau tidak," jelas pemilik gerai berusia 49 tahun itu.



Setelah ibu Encik Rizal berunding bersama beliau dan adik-beradiknya, mereka terima tawaran mak cik tersebut dan mengambil keputusan membuka gerai nasi lemak pada tahun itu.



Dengan bimbingan seorang kenalan abang Encik Rizal, mereka dapat menyiapkan satu resipi nasi lemak.



Dengan mengambil kira maklum balas pelanggan, khususnya terhadap sambal nasi lemak mereka, perniagaan Encik Rizal mendapat sambutan baik.



Ada di antara mereka mendapati sambal itu terlampau manis atau pedas.



Untuk mengatasi masalah itu, ibu mereka turun ke gerai untuk memperhalusi resipi membuat sambal itu bagi memenuhi cita rasa pelanggan.



Ternyata, penambahbaikan itu membuat penjualan nasi lemak mereka meningkat.



"Berkat bantuan ibu saya, kami dapat menjalankan perniagaan dengan baik dan, alhamdulillah, bertambah laris."



Kejayaan itu mendorong mereka membuka gerai kedua di Serangoon Gardens.



Dihidang atas stirofoam, satu set nasi lemak itu mengandungi nasi, seketul ayam goreng, telur goreng dan sambal.



Harga yang ditetapkan $3.50 bagi satu set itu sejauh ini belum dinaikkan sejak beberapa tahun lalu.



Menurut Encik Rizal, beliau berasa berat hati menaikkan harga nasi lemak mereka kerana beliau akur yang ramai ke pusat penjaja sebab harga yang berpatutan.



Pelbagai cabaran juga ditempuhi Encik Rizal selama lebih 20 tahun beliau berniaga nasi lemak, antaranya beliau menghadapi kerenah pekerja yang enggan bekerja dan silih ganti pekerja yang berterusan.



Dalam mengatasi keadaan itu, Encik Rizal teringat nasihat ibunya supaya sentiasa ambil tahu selok-belok gerai supaya tidak terlalu bergantung pada pekerja.



Jelas beliau, sifat memasak dengan bersungguh-sungguh adalah bahan paling penting bagi sebuah gerai penjaja berjaya.



Ini termasuk mengambil tahu nasi yang dimasak dalam periuk sama ada ia bertabur dan berderai bagi mengawal kualiti dalam masakannya.



"Mungkin selepas masak nasi, kita lihat nasi dalam periuk ini macam tak cantik. Jadi bagi masakan kemudian, kita tidak boleh terus masak dengan cara begitu. Kita harus ubah."



Komited untuk menambah baik gerainya, beliau juga mengalu-alukan maklum balas dari orang awam yang melanggani nasi lemak beliau.



Justeru, beliau amat bersyukur dengan sokongan para pelanggan dan juga ibu bapanya dalam mengusahakan perniagaan beliau.



"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa saya, atas berkat doa mereka kami boleh berjaya. Ibu juga banyak membantu dan memberikan nasihat."




BERJAYA DARI BERKAT AYAH IBU



"Berkat daripada ibu saya, kita dapat menjalani perniagaan yang mudah, perniagaan kita semua Alhamdulillah laris.



... Saya ingin ucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa saya, atas berkat doa mereka kami boleh berjaya. Ibu juga banyak membantu dan memberikan nasihat."
- Encik Mohammad Rizal Samuri, pemilik gerai Aliff Nasi Lemak di Pusat Makanan Kaki Bukit 511.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >