Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Berjaya hadapi cabaran pembelajaran untuk raih keputusan baik

Nov 26, 2021 | 05:30 AM



SEDANG anak sulungnya membesar, Cik Norjiha Kamsani memerhatikan ada sesuatu yang tidak kena dengan anaknya itu.



"Dia asyik mudah jatuh, kadang bila jalan pun boleh jatuh...dan lima, enam tahun pun masih belum pandai menulis, baca pun teragak-agak, percakapannya pun kadang kurang jelas," kongsi ibu enam anak itu.



Apabila dibawa berjumpa pakar, barulah beliau dan suami mendapat tahu anak mereka itu mempunyai dispraksia, sejenis gangguan perkembangan koordinasi motor yang menyebabkan otak seseorang sukar memproses signal perintah pergerakan.



Selain menjejas koordinasi gerak tubuh, dispraksia juga dapat mempengaruhi percakapan, persepsi dan pemikiran seseorang.



Disebabkan itu, anak Cik Norjiha, Nur Haziqah Mohammad Azar, gagal Ujian Kemasukan Madrasah (MET) pertama yang diambilnya di sebuah madrasah di sini ketika di Tadika 2.



Setelah membuat permohonan dan mengambil MET buat kali kedua di Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah, Haziqah akhirnya berjaya diterima masuk.



Kelmarin, pelajar Darjah 6 itu menerima keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) nya dan berjaya melangkah ke peringkat menengah di aliran Ekspres.



Dihubungi Berita Harian, Haziqah berkata meskipun mengharapkan keputusan lebih baik, beliau tetap bersyukur kerana lulus dan dapat memasuki aliran Ekspres.



"Lepas ini saya nak kerja lebih keras untuk memperbaiki markah-merkah saya di masa hadapan.



"Insya-Allah saya nak sambung di Madrasah Wak Tanjong lepas ini... dan lepas itu, sebab saya suka matematik dan sains, saya mahu jadi saintis," katanya.



Meskipun mengalami dispreksia, ia bukan hambatan bagi Haziqah mencapai kejayaan di sekolah.



Bahkan, dia mendapat kedudukan lima teratas dalam kelas sepanjang perjalanan pendidikannya setakat ini.



Dia juga menerima Pingat Gangsa bagi Maths Olympiad dan diberi biasiswa Kesatuan Pekerja Perusahaan Elektronik dan Elektrik (UWEEI) pada 2018.



Haziqah turut diberi Anugerah Pelajar Madrasah 2021.



Pencapaiannya itu bukan tanpa kerja keras.



Pelajar tersebut berkongsi, dia mengetepikan satu jam setiap hari untuk mengulang kaji pelajarannya selepas sekolah.



Setiap Ahad pula, dia akan mengikuti kelas tuisyen selama dua jam bagi mata pelajaran matematik dan sains.



Mengalami sendiri cabaran pembelajaran, Haziqah berkata:



"Saya harap orang ramai akan lebih memahami akan masalah kita (pelajar seperti dirinya) untuk belajar dan bantu kita dalam menghadapi cabaran ini.



"Orang boleh bantu dengan memberi kita lebih masa untuk memahami sesuatu subjek atau perkara," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >