Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Berpeluang belajar, kembang kemahiran di bawah program kerja sambil belajar

sit
Sep 16, 2022 | 05:30 AM



SEJAK di politeknik, Cik Nur Safarah Zaharudin terpesona pada bangunan dan menanam hasrat memainkan peranan memberi nafas baru kepada struktur bangunan lama supaya lebih mampan.



Kini, berbekal ijazah sarjana muda kejuruteraan infrastruktur (perkhidmatan bangunan) dengan kepujian tertinggi daripada Institut Teknologi Singapura (SIT), Cik Safarah menjadi seorang jurutera di jabatan perkhidmatan kemudahan AlfaTech Asia.



Beliau menyertai AlfaTech Asia Januari tahun lalu lepas selesai menjalani Program Kerja Sambil Belajar Bersepadu (IWSP), yang ditawarkan SIT, di syarikat itu.



"Saya amat menghargai pengalaman pendidikan oleh SIT yang holistik dan praktikal, terutama tempoh perantisan selama 12 bulan dengan AlfaTech Asia. Ia menyediakan banyak peluang pembelajaran dan membolehkan saya mengembangkan kemahiran saya.



"Oleh kerana tempoh latihan itu setahun, saya dapat mengendali projek-projek daripada mula hingga selesai," kata Cik Safarah kepada Berita Harian baru-baru ini.



Menurut Cik Safarah, 25 tahun, beliau dianggap sebagai pekerja sepenuh masa oleh majikannya walaupun beliau hanya seorang pelatih waktu itu.



"Pada bulan pertama saya sebagai pelatih, bos saya menyuruh saya menghadiri mesyuarat tanpanya dan saya harus berkomunikasi dengan klien… Sudah tentu ia amat menakutkan pada mulanya, tetapi dengan peluang yang diberi itu, saya dapat belajar lebih mendalam dan lebih cepat," kata anak kedua daripada tiga adik-beradik itu.



Cik Safarah menambah bahawa beliau juga terlibat dalam projek pengurusan dan pengurusan kemudahan di mana beliau membantu memperbaharui sebuah pusat data.



Walaupun pada masa itu masih terdapat sekatan Covid-19, Cik Safarah bekerja rapat dengan majikannya bagi membantu memulakan tapak pengurusan kemudahan itu.



Bagi projek tahun akhirnya di SIT, beliau bekerjasama dengan AlfaTech Asia untuk menilai keberkesanan sistem pengudaraan pasif.



Ini membolehkannya menunjukkan kemahiran teknikalnya dalam bidang seperti mekanikal, sistem elektrik dan paip.



Selain itu, ia menyerlahkan kebolehannya dalam perancangan projek dan pengurusan klien serta vendor dalam masa setahun sahaja.



Cik Safarah ditawarkan pekerjaan sepenuh masa oleh AlfaTech Asia dan mula bekerja sebagai jurutera perkhidmatan kemudahan.



Beliau kini bertugas di tapak kemudahan bangunan farmaseutikal.



"Kami harus memastikan kerja penyelenggaraan dijalankan selang beberapa bulan. Antara lain, kami harus menyemak jika sistem bangunan semuanya berjalan dengan lancar.



"Jika terdapat sistem rosak, pengeluaran produk terjejas. Oleh itu, peralatan seperti kompressor, dandang (yang membolehkan bahan api dioksidakan untuk menjana tenaga haba) dan sebagainya harus beroperasi sepanjang 24 jam untuk memastikan pengeluaran produk berjalan dengan lancar," ujar beliau mengenai pekerjaannya.



Apabila ditanya tentang rancangannya pada masa depan, Cik Safarah berkata:



"Saya ingin mengasah kemahiran teknikal saya dalam sistem bangunan dan saya harap saya dapat menguruskan sebuah pasukan satu hari nanti.



"Mungkin juga satu hari nanti saya ingin melanjutkan pelajaran dan meraih ijazah sarjana."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >