Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bersatu... Majulah S'pura

NDP
Aug 10, 2019 | 05:30 AM



NOSTALGIA meliputi Padang tatkala Singapura menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-54 semalam.



Diadakan sekali setiap lima tahun di situ, Padang kali terakhir menjadi lokasi Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada 2015 semasa sambutan ulang tahun ke-50 negara atau SG50.



Namun, ia dipilih sebagai tapak sambutan NDP 2019 kerana memiliki nilai cukup bermakna, selaras sambutan dwiabad negara.



Laungan sorakan dan tepukan 27,000 penonton bergema sejak seawal 5 petang lagi di Padang, seakan semangat dan cinta pada tanah air tidak pernah pudar sejak NDP diadakan buat kali pertama di sana pada 1966. 



Bertemakan 'Singapura Kita', NDP kali ini menyeru warga Singapura bersatu dan menjadi perintis masa depan bersama.



Tema tersebut mudah dijiwai orang ramai termasuk Cik Anita Alias, 53 tahun, yang berkata:



"Saya bersyukur dapat berada di Padang, tapak bersejarah untuk menonton NDP tahun ini lebih-lebih lagi bersama ibu saya yang merupakan antara generasi perintis.



"Saya juga rasa bangga sebagai rakyat Singapura yang hadir pada majlis yang turut dihadiri pemimpin luar negara."



Tahun ini, sambutan ulang tahun negara turut diraikan ketua negara dari Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia, yang hadir atas undangan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha; Presiden Indonesia, Joko 'Jokowi' Widodo, dan isteri Cik Iriana; dan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad serta isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, merupakan tetamu istimewa luar negara yang dijemput ke NDP 2019.



Mereka menyertai para menteri dan Anggota Parlimen (AP) yang berpakaian merah putih di pentas khas sektor merah.



Lapan kereta berhias gergasi yang mengetengahkan institusi utama Singapura pada abad ke-19 berarak sempena sambutan Bicentennial Singapura.



Ditemui akhbar ini, Cik Nor Sabah Aziz Khan, 51 tahun, yang menghadiri NDP 2019 bersama seorang anak perempuan dan cucunya berkata:



"Saya rasa bangga dapat berada di sini... dan menjadi rakyat Singapura. Dulu saya turut serta dalam NDP dan kini bawa anak-anak serta buat kali pertama cucu saya... Saya percaya ia penting untuk menanam semangat kenegaraan dalam diri mereka sejak kecil lagi."



Dalam pada itu, anggota Generasi Merdeka tidak dilupa, bahkan diberi penghormatan melalui segmen Perarakan Kenderaan.



Tahun ini merupakan tahun ke-50 sejak Perarakan Kenderaan diketengahkan buat pertama kali di Padang semasa NDP 1969.



Ia menekankan paparan kekuatan dan komitmen berterusan terhadap pertahanan dan keselamatan Singapura.



Segmen Perbarisan dan Upacara (P&C) tahun ini pula melibatkan 38 kontinjen yang terdiri dari empat kontinjen Kawalan Kehormatan, Kontinjen pembawa panji-panji Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pancaragam Gabungan, enam kontinjen SAF dan Home Team, 10 kontinjen kumpulan belia dan 16 kontinjen sosial dan ekonomi.



Buat julung kalinya, Kontinjen Kor Sukarelawan SAF dan Home Team juga telah berarak dalam segmen P&C tahun ini.



Kontinjen tersebut dibentuk oleh anggota Kor Sukarelawan SAF, Polis Relawan Khas dan Unit Relawan Pertahanan Awam.



Penonton juga disajikan dengan persembahan cukup gah pada waktu malam.



Dibahagikan kepada enam babak, pertunjukan tahun ini menceritakan perjalanan negara dari dahulu hingga kini.



Konsep Pertunjukan Bersepadu tahun ini antaranya turut melibatkan 380 penari dari Persatuan Rakyat dan 600 peserta belia dari Persatuan Soka Singapura.



Para peserta belia itu yang hadir pada Babak Keempat: Negara Kita, melakukan persembahan dengan dram yang bernyala serentak dengan gelang tangan LED yang diberikan kepada penonton.



Seperti tahun-tahun sudah, kemuncak yang dinanti-nanti - pertunjukan bunga api menyemarakkan keseronokan mereka yang hadir.



Langit malam bermandi cahaya sambil penonton di Padang dan kawasan di sekitarnya termasuk Taman Merlion, Esplanade dan The Promontory di Marina Bay menikmati pertunjukan bunga api mekar indah.



Namun yang membuat sambutan semalam sukar dilupakan, terdiri bulu roma mendengar suara lunak Papa Rok Ramli Sarip menyanyikan lirik lagu kebangsaan sebagai penutup tirai NDP 2019:



Majulah Singapura!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >