Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bersubahat dengan rakan langgar undang-undang, pegawai siasatan HDB dipenjara 25 hari

Aug 31, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pegawai siasatan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang sepatutnya menangkap individu yang melanggar undang-undang melalui pemeriksaan kejutan telah dijatuhi hukuman penjara kerana mendedahkan gerakan sedemikian kepada seorang rakan.



Dia melakukan tindakan itu agar rakannya itu dapat mengelak daripada ditangkap.



Kalayarasan Karuppaya, 55 tahun, eksekutif hartanah di jabatan gerakan HDB, dijatuhi hukuman penjara 25 hari semalam.



Dia mengaku bersalah atas dua tuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), dengan tuduhan ketiga dipertimbang.



Kalayarasan merupakan pegawai penguatkuasaan HDB yang melakukan pemeriksaan kejutan di flat bagi kesalahan menyewa dan menduduki secara haram.



Pada 2017, dia menemui Damandeep Singh, warga India berusia 22 tahun, semasa melakukan pemeriksaan di sebuah unit tempat tinggal Damandeep.



Mereka kemudian berkawan, dan kadangkala saling menghubungi melalui telefon.



Damandeep kemudian berpindah ke satu lagi unit, yang secara tidak sah disewakan kepada orang lain.



Sekitar 12 atau 13 orang tinggal di unit itu, dan kira-kira $200 dikumpulkan setiap bulan daripada setiap penghuni yang menyewa secara haram.



HDB kemudian menerima aduan daripada orang awam mengenai kesesakan yang disyaki serta bunyi bising di unit tersebut.



Pemeriksaan kejutan telah dirancang pada 8 Mei 2019, dan kes itu diserahkan kepada Kalayarasan.



Namun, dia memberitahu Damandeep mengenai pemeriksaan itu terlebih dahulu.



Damandeep kemudian meminta penyewa haram itu cepat keluar daripada unit berkenaan sebelum pemeriksaan tersebut.



Kes itu ditutup setelah pemeriksaan tidak menemui tanda-tanda kesesakan atau penyewaan haram.



Tetapi polis memeriksa unit itu pada 24 Ogos tahun itu dan mendapati 19 orang tinggal di sana, dan sekali lagi pada 4 September, dan menemui seramai 18 orang.



Mereka kemudian menyerahkan kes itu ke HDB.



Kalayarasan sekali lagi memberitahu Damandeep tentang pemeriksaan kejutan yang akan dilakukannya pada 10 September tahun itu.



Kes ini juga ditutup setelah pemeriksaan mendapati tidak ada tanda-tanda kesesakan atau penyewaan haram.



Tindakan Kalayarasan terungkap setelah Biro Siasatan Amalan Rasuah menerima maklumat pada Januari tahun lalu mengenai maklumat yang diberikan kepada Damandeep.



Pegawai HDB itu telah digantung daripada tugas sejak 25 Januari tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >