Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BH berperanan bentuk identiti masyarakat Melayu S’pura:Puan Halimah

Sep 21, 2023 | 06:23 PM



Sebagai satu-satunya akhbar berbahasa Melayu di Singapura, Berita Harian (BH) kekal memainkan peranan penting dalam membentuk identiti masyarakat Melayu dalam persekitaran kehidupan pelbagai bangsa dan budaya di sini.


Lebih daripada itu, masyarakat Melayu juga ingin melihat BH berkembang maju kerana ini mencerminkan kemajuan masyarakatnya.

“Tentu sekali masyarakat Singapura ingin melihat akhbar Melayu yang berkembang maju dan mencapai prestasi lebih tinggi, kerana ini penting.

“Ia juga bukan sekadar sebahagian daripada identiti Singapura sebagai masyarakat berbilang bangsa dan agama, malah ia juga merupakan sebahagian daripada identiti masyarakat Melayu,” ujar mantan presiden, Puan Halimah Yacob.

Beliau berkata demikian semasa melakukan kunjungan khas ke bilik berita BH di Toa Payoh North pada Khamis menyusuli undangan Editor BH, Encik Nazry Mokhtar, sebagai tanda penghargaan akhbar ini dan SPH Media Trust di atas sumbangan beliau sebagai Presiden.

Puan Halimah, 69 tahun, menamatkan tempoh kepresidenannya selama enam tahun, sebagai Presiden kelapan Singapura, pada 13 September lalu, selepas menyandang jawatan tertinggi negara sejak 2017.

Lebih 200 tetamu hadir di majlis perpisahannya di Istana pada hari itu.

Mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, telah dilantik sebagai Presiden kesembilan Singapura keesokannya selepas memenangi Pilihan Raya Presiden.

Dalam menyampaikan penghargaan BH buat Puan Halimah, Encik Nazry berkata:

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan setinggi penghargaan kepada Puan Halimah atas dedikasinya dan khidmat cemerlang beliau kepada negara.”

Selain kakitangan BH, Pengerusi SPH Media Trust, Encik Khaw Boon Wan; Ketua Pegawai Eksekutif SPH Media, Cik Teo Lay Lim; dan Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil (EMTM) SPH Media, Encik Wong Wei Kong, turut hadir meraikan kunjungan tokoh dihormati itu.

Puan Halimah dalam pada itu menzahirkan rasa berbesar hati dengan apa yang telah dicapai BH dalam usaha akhbar ini menarik lebih ramai pembaca dan menyediakan berita secara lebih menyeluruh selepas transformasi yang dilaluinya baru-baru ini.

“Justeru, jika Berita Harian tidak mempunyai prestasi yang baik, secara tidak langsung dan tidak dapat dielakkan, ia menjejas identiti kita (sebagai masyarakat Melayu).

“Jadi kita ingin ia terus maju, kerana ia mencerminkan kemajuan masyarakat Melayu,” ujarnya yang hadir di bilik berita selepas BH selesai menjalani kerja-kerja ubah elok selama tiga bulan.

Beliau bagaimanapun akur akan tempoh mencabar sekarang yang dihadapi media cetak di seluruh dunia. Namun, beliau tetap menyifatkan media cetak sebagai masih memainkan peranan penting di Singapura.

“Media cetak menyediakan peluang untuk laporan berita yang bukan sahaja tepat malah dibentangkan lengkap dengan analisis. Kandungan yang diletakkan di media sosial akan terus menjadi cabaran utama media cetak, meskipun lebih pantas, namun perlu ditapis dengan teliti,” tambahnya.

Bagaimanapun, media cetak katanya berada dalam “kedudukan berbeza” memandangkan media arus perdana, atau mainstream, masih dijadikan sumber yang boleh dipercayai.


“Untuk anda (BH), kandungan perlu diutamakan, kerana anda mempunyai keupayaan untuk membentangkan kandungan secara tepat dan membuat orang ramai menilai anda sebagai sumber yang boleh dipercayai,” katanya.

Usaha mengutamakan kandungan yang dibentangkan banyak bergantung kepada tenaga wartawan serta pengetahuan yang mereka miliki.

Atas kesedaran itu, Puan Halimah mendorong wartawan agar sentiasa menambah pengetahuan dengan membaca secara lebih meluas.

“Di samping itu, media cetak perlu membuat penyesuaian kepada cara terkini dalam menyampaikan kandungan termasuk melalui kaedah podcast dan video, kerana ia juga perlu menjangkau pembaca dan penonton dari golongan lebih muda,” katanya yang meluangkan masa hampir sejam bergambar dan bertukar pandangan dengan kakitangan BH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >