Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BH #NoTapis hasilkan podcast dokumentari jenayah

'Diari Mahkamah' kupas kes jenayah yang pernah gegarkan S'pura
May 20, 2023 | 05:30 AM



PEMBUNUHAN. Penyelewengan. Penipuan.



Inilah antara kandungan kes-kes jenayah yang dikupas dalam siri dokumentari podcast terbaru, Diari Mahkamah.



Sepanjang lapan episod, siri tersebut akan membuka kembali fail kes-kes jenayah yang pernah menggegarkan Singapura.



Diterbitkan podcast Berita Harian#NoTapis, dokumentari ini antara lain akan menyelongkar kes jenayah yang pernah menjadi perbualan ramai seperti pembunuhan ke atas kanak-kanak dua tahun, Nonoi dan Huang Na, serta jenayah berkaitan penyelewengan wang seperti skim cepat kaya, Farwill.



Kes-kes itu dipercayai masih diingati masyarakat di sini kerana kesan kekejaman dan bagaimana ia menjejaskan ramai orang.



Apa yang menarik tentang dokumentari ini ialah, lebih daripada sekadar penceritaan daripada hos, podcast bersifat dokumentari ini juga mengundang wartawan Berita Harian yang pernah ditugaskan membuat laporan mengenai kes tersebut.



Misalnya dalam episod pembunuhan Nonoi, wartawan mapan Farid Hamzah yang berpengalaman membuat liputan kes-kes jenayah, telah mengongsi pengalamannya apabila kali pertama mengetahui kes itu.



Menurutnya, menjejaki kes itu daripada awal sehingga ke tempoh perbicaraan, membawa kesan yang mendalam baginya.



"Memang agak terkesan membuat laporan mengenai kes ini kerana saya sendiri mempunyai seorang anak kecil yang ketika itu juga sebaya dengan arwah Nonoi.



"Malah apabila saya menghadiri mahkamah untuk membuat laporan, saya terpaksa keluar bilik mahkamah beberapa kali kerana tidak boleh bayangkan penderaan yang berlaku ke atas mangsa," kongsinya.



Dalam satu lagi episod mengenai skim cepat kaya Farwill, mantan wartawan Saini Salleh telah diundang untuk berkongsi bagaimana beliau telah dicekup oleh para pegawai keselamatan, atau 'bodyguard', dalang di sebalik skim itu, Mohd Al-Faisal ketika menjejakinya di Haatyai, Thailand.



"Saya diberitahu bahawa 'bodyguard' yang telah menangkap saya dan jurugambar kami, membawa senapang. Memang menggerunkan.



"Jika saya ingat kembali kejadian itu, meremang bulu roma saya," katanya.



Di samping wartawan, podcast dokumentari ini turut mengundang para pakar seperti ahli psikologi dan peguam untuk memberikan pandangan pakar mereka terhadap kes itu.



Antara ahli psikologi yang diundang termasuk pakar psikologi klinikal yang juga pengasas ImPossible Psychological Services, Encik Muhammad Haikal Jamil.



Beliau telah mengongsi antara faktor yang menyebabkan seseorang mengambil tindakan tanpa berfikir selain memberikan nasihat kepada masyarakat tentang kes yang dibentangkan.



Para peguam antara lain daripada syarikat IRB Law turut memberikan penjelasan terperinci mengenai hukuman yang diberikan mahkamah terhadap sesebuah kes.



Seperti contoh, peguam Encik Mohd Dzuleqhmal Mohd Dzuleqhram dari IRB Law berkongsi mengapa seseorang belia yang di bawah usia 18 tahun dan melakukan pembunuhan terlepas daripada hukuman gantung.



Ikuti podcast Diari Mahkamah dengan episod pertama menyingkap kembali kes Anthony Ler, lelaki yang telah dikenakan hukuman gantung kerana merancang pembunuhan isterinya.



Untuk mendengar podcast ini, anda boleh imbas kod QR atau ke laman web kami di www.beritaharian.sg/podcasts.



Anda juga boleh ke Spotify #NoTapis atau ke Youtube Berita Harian Singapura untuk mendengar podcast ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >