Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CATATAN WARTAWAN

BHazar tarik pengikut baru lebihi sasaran di wadah digital

Apr 22, 2023 | 05:30 AM



SEJAK tiga minggu lalu, Berita Harian (BH) sibuk ke bazar Wisma Geylang Serai (WGS) bukan sahaja untuk buat liputan tetapi 'turun padang' bertemu pembaca.



Sesiapa yang lalu lalang di Anjung@WGS pasti tidak akan terlepas melihat reruai BHazar BH yang berwarna-warni.



Di ruang santai dan sekelilingnya menjadi tempat di mana ratusan peminat Kugiran Masdo bersorak melihat band muzik Malaysia itu ditemu ramah secara live oleh Editor Podcast, Cik Shahida Sarhid dan wartawan berbilang media BH, Encik Harith Mustaffa.



Mereka juga membuat persembahan dalam satu podcast #NoTapis yang disiarkan secara langsung ke Instagram, Tik Tok dan Facebook BH.



Reruai itu juga menjadi ruang bagi peminat Biduanita Sanisah Huri mendengar suara merdunya mendendangkan lagu Hari Raya, Cef Mel Dean berceloteh dalam sesi memasaknya, serta juara dunia pencak silat dan pemenang pingat emas di Sukan SEA 2022, Nurul Suhaila Mohd Saiful, mengongsi perjalanan silatnya.



Inilah kali pertama BH 'turun padang' secara besar-besaran dalam acara yang berlangsung selama 21 hari sebagai usaha BH mendekati pembaca akhbar dan audiens BH dalam talian.



Mereka dapat melihat produk digital BH seperti aplikasi BH dan podcast dirakamkan secara langsung.



"BHazar Berita Harian merupakan wadah bagi kami memperkenalkan dan menunjukkan produk BH kepada audiens yang luas terutama golongan muda...Kami gembira melihat ramai yang berkunjung termasuk golongan belia dan menteri ke reruai kami,'' kata Editor BH, Encik Saat A. Rahman.



Produk digital BH, yang boleh didapatkan di Instagram, Tik Tok dan Facebook, telah berkembang meliputi banyak wadah untuk dimanfaatkan oleh pembaca termasuk podcast #NoTapis dan OMG! Orang Muda Gitew, rancangan kandungan digital bersiri pertama BH yang memaparkan isu-isu berkaitan generasi muda dalam video padat sesingkat kira-kira 10 minit.



Dengan golongan muda lebih cenderung menggunakan wadah digital untuk mendapatkan berita dan maklumat, BH juga harus memikirkan cara mendekati para pembaca ini dengan wadah yang kreatif mengikut peredaran masa agar akhbar ini terus kekal relevan.



Sebagai satu-satunya akhbar Melayu di Singapura, BH bukan sahaja membawa berita Melayu/Islam tetapi berita nasional yang penting untuk diketahui warga Singapura.



Malah, wadah digital membolehkan BH menyampaikan berita kepada audiens luar negara berdasarkan kaca mata warga Singapura dan masyarakat Melayu/Islam.



BH dalam bentuk cetak akan terus terpatri dalam hati para pembaca setia akhbar ini tetapi untuk akhbar ini terus menakat, pembaca muda yang akan menjadi pelapis pembaca baru harus terus ditarik.



Justeru, BHazar itu merupakan satu pembangunan jenama untuk BH menarik pengikut baru dalam wadah digitalnya.



Dalam tempoh BHazar diadakan, BH telah menarik lebih 3,800 pengikut baru di Instagram, Tik Tok dan Facebook, melebihi matlamat ditetapkan sebanyak 2,300.



Bahkan, pengikut Tik Tok meningkat lebih 2,000, melebihi matlamat sebanyak 500.



BH mengambil peluang itu untuk membuat tinjauan demi mengenali para pembaca dan audiens dengan lebih baik lagi.



Melalui tinjauan diadakan itu, akhbar ini diharap dapat membuat laporan dengan kandungan lebih menarik bagi para pembaca.



Lebih 1,500 respon tinjauan diperolehi, dengan lebih separuh merupakan responden berusia di bawah 34 tahun.



"Pendekatan BHazar BH melalui pelbagai aktiviti merupakan bahagian penting dalam penglibatannya dengan pembaca, terutamanya pembaca yang lebih muda.



"Tinjauan dijalankan dalam acara itu juga akan membantu BH memahami dan memberikan kandungan dengan lebih baik di seluruh tebaran produknya.



"Interaksi bersemuka dengan pembaca adalah cara terbaik menjalinkan hubungan dengan mereka!'' kata Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris, Melayu, Tamil SPH Media, Encik Wong Wei Kong.



Ternyata BHazar BH merupakan usaha pertama tetapi bukan yang terakhir bagi BH mendekati dan mengenali para pembaca dan audiens BH dengan lebih dekat.



Bagi mereka yang menyertai tinjauan dan menonton kegiatan BHazar, terima kasih di atas sokongan anda!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >