Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Biasiswa Industri Tenaga dorong pertingkat diri

Oct 29, 2022 | 05:30 AM



SEBAGAI usaha memupuk bakat yang kukuh untuk memperkasakan sektor tenaga di Singapura, empat pelajar kejuruteraan Singapura telah diberikan Biasiswa Industri Tenaga (EIS).



Anugerah ini dikhususkan untuk sektor tenaga yang ditawarkan dengan kerjasama Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) dan rakan-rakan kongsi industri.



Empat penerima itu ialah Encik Muhammad A'rash Noor Effendi daripada Politeknik Ngee Ann, dan Encik Mohamed Arshath S/O Haja Sheik Allaudeen, Encik Alex Neo Yi Jie dan Mr Manfred Lee dari Politeknik Singapura (SP).



Mereka akan menyertai syarikat-syarikat yang menaja pengajian mereka selepas menamatkan Perkhidmatan Negara.



Encik Arshath, pelajar tahun kedua SP, berkata beliau berminat dalam bidang kejuruteraan sejak kecil.



"Saya suka membina sesuatu dan menonton video bagaimana enjin dibina, yang sentiasa memukau saya," kata pelajar berusia 20 tahun itu.



Dengan EIS, Encik Arshath akan menyertai syarikat Senoko Energy untuk mempelajari cara mengendalikan mesin dan memahami fungsi setiap mesin seperti cara ia digunakan bersama untuk membekalkan elektrik bagi perniagaan dan isi rumah.



"Menerima biasiswa ini membolehkan saya fokus pada pelajaran dan mendorong diri saya untuk menjadi orang yang lebih baik," tambah beliau.



Encik Arshath berkata biasiswa ini sesuai dengannya kerana ia mementingkan pengalaman dalam industri tenaga bersih.



Bagi pelajar tahun ketiga Politeknik Ngee Ann yang mengambil diploma Kejuruteraan Elektrik pula, Encik A'rash gemar meneroka komponen komputer dan papan kekunci pada masa lapangnya.



"Apa yang saya pelajari daripada Kejuruteraan Elektrik seperti pematerian telah membantu saya meneruskan minat saya," kata pelajar yang berusia 19 tahun itu.



Dengan perubahan iklim menjadi isu kritikal yang perlu ditangani, Encik A'rash berharap beliau dapat memerangi perubahan iklim dengan kemahirannya yang diajar di sekolah sambil mendapat pendedahan dengan syarikat Eigen Energy.



"Saya secara peribadi merasakan bahawa perubahan iklim perlu diambil lebih serius, terutamanya untuk generasi akan datang," ujarnya.



Beliau berharap hasil pengalaman bekerja dengan Eigen Energy selama beberapa tahun akan memperdalami pengetahuannya dalam bidang yang diminati.



"Saya juga berharap dapat ke universiti untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tenaga bersih elektrik dan memahami kehidupan seorang jurutera," tambah beliau.



EIS yang dilancarkan pada 2014 itu, antara lain meliputi yuran pengajian, elaun bulanan dan elaun sekali sahaja untuk membeli barangan berkaitan pengajian seperti komputer dan buku bagi warga Singapura dan penduduk tetap yang mengikuti kursus kejuruteraan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >