Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bil elektrik lebih rendah: SP Group

Oct 01, 2022 | 05:30 AM



ISI rumah di sini mungkin akan mendapat bil lebih rendah sedang tarif elektrik suku terakhir tahun ini akan dikurangkan sebanyak 1.4 peratus.



Ini merupakan kali pertama tarif elektrik dikurangkan selepas terus meningkat selama lebih setahun.



Tarif elektrik tidak termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dari 1 Oktober hingga 31 Disember akan diturunkan daripada 30.17 sen kepada 29.74 sen bagi setiap kilowatt sejam (kWh), menurut pengendali grid SP Group semalam.



Tarif elektrik terus meningkat sejak April tahun lalu, di tengah-tengah kos tenaga yang tinggi didorong harga gas dan minyak sedunia yang meningkat, diburukkan dek perang di Ukraine.



Tarif elektrik SP yang lebih rendah bermakna bil elektrik bulanan keluarga di flat empat bilik HDB akan berkurangan sebanyak $1.55 (tidak termasuk GST) secara purata.



Sementara itu, penghasil dan peruncit gas berpaip bandar, City Energy, turut mengumumkan semalam tarif gas bagi isi rumah akan turun 0.36 sen bagi setiap kWh, daripada 23.09 sen bagi setiap kWh kepada 22.73 sen bagi setiap kWh dari 1 Oktober hingga 31 Disember.



Kedua-dua SP dan City Energy berkata harga lebih rendah itu ekoran kos bahan api lebih rendah berbanding suku sebelum ini.



SP berkata kos tenaga juga telah turun sebanyak 0.43 sen bagi setiap kWh.



Kos tenaga ini, yang dibayar kepada syarikat penjana kuasa, disesuaikan setiap suku untuk mencerminkan perubahan kos bahan api dan penjanaan kuasa.



Meskipun Singapura menggunakan gas asli untuk menjana kuasa, zamil penyelidikan kanan di Institut Pengajian Tenaga, Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr David Broadstock, berkata kontrak pembelian gasnya ditetapkan berdasarkan harga minyak.



Dalam tiga bulan lalu, harga minyak sedunia jatuh daripada lebih AS$100 ($143) dalam suku sebelumnya kepada AS$88, ujarnya.



Namun, beliau menarik perhatian bahawa penurunan harga minyak itu mungkin berlaku sekejap sahaja dan tarif elektrik yang rendah kini mungkin tidak akan berlanjutan kerana pasaran tenaga sejagat masih tidak stabil dek kesan perang Russia-Ukraine.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >