Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan pesalah muda merosot 43 peratus dalam tempoh sedekad

Namun lebih ramai kini terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan kesalahan seksual
Sep 10, 2021 | 05:30 AM



BILANGAN pesalah muda di Singapura merosot 43 peratus dalam sedekad yang lalu, walaupun lebih ramai yang kini terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan kesalahan seksual.



Laporan baru mengenai pesalah muda mendapati bahawa bilangan penyalahguna dadah muda meningkat 10 peratus antara 2016 dan 2020.



Dalam pada itu, kesalahan seksual seperti mencabuli kehormatan dan rogol yang dilakukan oleh belia meningkat sebanyak 49 peratus dalam tempoh yang sama.



Penyalahguna dadah kali pertama membentuk 75 peratus daripada anak muda yang ditangkap bagi penyalahgunaan dadah, manakala bilangan pengguna dadah muda berulang pada 2020, adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding 2016.



Namun, jumlah keseluruhan pesalah muda telah menurun dalam sedekad yang lalu, daripada lebih 4,000 pada tahun 2010 kepada 2,400 tahun lalu.



Laporan itu dikeluarkan dalam satu simposium maya yang dianjurkan semalam oleh Jawatankuasa Nasional mengenai Pencegahan, Pemulihan dan Kesalahan Berulang (NCPR).



Ditubuhkan pada tahun 2018, NCPR bekerjasama dengan agensi pemerintah, pertubuhan masyarakat dan sukarelawan untuk menangani isu kesalahan dan kesalahan berulang.



Lebih 1,000 peserta termasuk pemimpin sekolah, guru, pekerja sosial dan belia, serta pegawai penguatkuasa menghadiri satu dialog mengenai sokongan lebih baik bagi remaja yang berisiko dan pesalah muda, lapor The Straits Times.



Dalam acara pembukaan, Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga) Eric Chua menarik perhatian tentang kes penyalahgunaan dadah serta kesalahan seksual yang meningkat, serta risiko berkaitan dengan pendedahan kepada pornografi dan ketagihan. Ini sedang lebih ramai kanak-kanak mengakses Internet pada usia lebih muda.



"Sedang kami tidak boleh mencegah sepenuhnya anak muda kita daripada didedah kepada bahan pornografi, kita harus adakan perbincangan terbuka dengan mereka, untuk mendidik dan menyiapkan mereka untuk berinteraksi sewajarnya dengan bahan sedemikian yang mereka mungkin dapati kemudian," kata Encik Chua.



Dalam ucapannya di penutup majlis itu pula, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Faishal Ibrahim memberi contoh tentang kerjasama antara agensi yang boleh meningkatkan sokongan kepada pesalah dan keluarga mereka. Antaranya ialah satu projek perintis dua tahun antara Khidmat Penjara Singapura (SPS) dan pusat khidmat keluarga (FSC) untuk membantu keluarga banduan.



"Sejak memulakan perintis itu pada Oktober 2020, SPS telah bekerjasama dengan sekitar 450 keluarga banduan untuk menilai keperluan mereka, dan akan terus merujuk keluarga rentan kepada FSC bagi sokongan," kata Profesor Madya Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >