Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bimbing belia: Pejabat baru, Mentoring SG, buka lebih banyak laluan

DPM Wong: Bertujuan pertingkat, rancakkan peluang pementoran bagi belia dari pelbagai latar belakang
Dec 10, 2022 | 05:30 AM



SATU pejabat pementoran baru bertujuan merancakkan dan mempertingkat peluang bimbingan bagi belia dari pelbagai latar belakang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semalam.



Diberi nama Mentoring SG, pejabat itu antara lain akan memadankan pembimbing dan pelatih, atau mentor dan mentee, berdasarkan keperluan mereka.



Ia akan meneruskan usaha Perikatan untuk Bertindak (AfA) Mentoring, yang ditubuhkan pada Mac tahun lalu bagi memperkukuh usaha pementoran dan membolehkan semua belia di Singapura untuk mendapat akses kepadanya.



Perikatan tersebut yang bakal menamatkan penggalnya di akhir bulan ini telah membangunkan hampir 4,000 peluang pementoran dan melatih 300 mentor baru dengan kemahiran untuk membimbing belia.



Antara keutamaan segera pejabat baru itu termasuk meluaskan program pementoran berstruktur bagi belia, dengan menjalinkan lebih banyak kerjasama dalam kalangan sekolah, syarikat dan pertubuhan mentoring.



Encik Wong berkata ini sejajar dengan usaha Singapura untuk mewujudkan negara yang mempunyai laluan yang pelbagai bagi semua warga untuk mencapai potensi mereka tidak kira latar belakang mereka.



Encik Wong menggalakkan golongan majikan agar menjadikan pementoran sebagai sebahagian budaya kerja mereka.



Ini boleh dilakukan dengan mendorong kakitangan kanan agar mengambil peranan pementoran yang tidak rasmi, dan melakukan yang lebih daripada diperlukan untuk ambil berat terhadap rakan kerja lebih muda.



Beliau akur bahawa peralihan daripada tempoh remaja ke dewasa amat mencabar di mana anak muda akan memikirkan dan membentuk nilai serta prinsip mereka.



Justeru, mereka memerlukan mentor, jurulatih dan contoh teladan yang akan dapat meluaskan pandangan mereka dan mendampingi mereka, ujar Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan.



Mentor, katanya, memainkan peranan penting dalam membimbing anak muda untuk mengharungi cabaran yang ditempuh dan memberi mereka keupayaan berkembang.



"Secara tradisional, program mentoring telah disasarkan kepada belia daripada latar belakang yang kurang bernasib baik.



"Namun setiap anak muda, tidak kira latar belakang mereka, boleh meraih manfaat daripada pementoran, lebih-lebih lagi mereka yang sedang mengemudi peralihan kehidupan yang penuh tekanan, contohnya lonjakan daripada seorang pelajar ke warga dewasa yang bekerja. Itu sesuatu yang tidak mudah," tambahnya dalam ucapannya di Sidang Puncak Mentoring Kebangsaan 2022 yang diadakan di *Scape di Orchard.



Laporan lanjut: Budaya pementoran perkasa golongan belia




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >